mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kegunaan Wang Zakat Untuk Pembangunan Asnaf Muallaf

Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin (2021) Kegunaan Wang Zakat Untuk Pembangunan Asnaf Muallaf. Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14109.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Muallaf adalah saudara baru yang memeluk agama Islam. Kajian ini mengkaji masalah yang dihadapi oleh golongan asnaf muallaf di negeri Kedah dan memberi cadangan tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap golongan asnaf muallaf dengan menggunakan agihan wang zakat. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual dengan Pegawai Dakwah LZNK dan empat orang individu yang ditemubual secara tidak langsung sebagai seorang muallaf. Kajian ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh muallaf. Antaranya adalah terpaksa menyembunyikan keislaman kerana takut diperas ugut dan dibuang keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sebangsa dan seagama asal, dimomokkan dengan ‘masuk Islam adalah masuk Melayu’, kehidupan yang miskin, pasangan yang beragama Islam mengabaikan pasangan yang muallaf, masalah lambat mendapatkan kad Islam, tidak mampu meninggalkan tabiat kurang baik yang diamalkan sebelum Islam, kekeliruan dalam mengamalkan ajaran Islam disebabkan asatizah berlainan pendapat dan fahaman, kekurangan program-program dakwah kepada muallaf serta kekurangan bahan rujukan dan pasangan muallaf tidak menjalani kehidupan secara bersyariat walaupun telah Islam sejak dari kecil. Kajian ini mencadangkan agar LZNK dapat menubuhkan sebuah institut sebagai sebuah pusat yang menyelenggara fasiliti untuk golongan muallaf mendapatkan perlindungan, pendidikan di samping menerima peruntukan bantuan kewangan. Cadangan penubuhan institut ini adalah sangat diperlukan bagi tujuan pembangunan muallaf.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: S/O 14109
Uncontrolled Keywords: masalah; muallaf; zakat; cadangan projek pembangunan
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 31 Jul 2023 08:56
Last Modified: 31 Jul 2023 08:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29657

Actions (login required)

View Item View Item