Azhar, Alias and Yeon, Asmah Laili and Abdullah, Siti Alida John and Ayub, Zainal Amin and Arshad, Rozita (2016) Kesedaran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terhadap Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007: Satu Analisa. Journal on Leadership & Policy (JLP), 1. pp. 49-65. ISSN 0127-0869
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (239kB) | Request a copy |
Abstract
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah sebuah institusi bertindak sebagai penghubung antara komuniti belia luar bandar dan pihak kerajaan. Pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dianggap sebagai titik tolak kepada perubahan pengurusan pertubuhan belia menghadapi cabaran masa depan. Objektif fokus kertas kerja ialah mengkaji sumber pengetahuan JKKK berkaitan undang-undang belia yang wujud dalam negara ini. Kajian menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi menghasilkan dapatan yang menyeluruh aspek doktrinal perundangan terkandung dalam Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007. Di samping memperoleh data empirikal melalui kajian lapangan khusus soal selidik fokus responden kalangan JKKK. Dapatan kajian ialah, sumber pengetahuan undang-undang belia kalangan JKKK adalah pelbagai sama ada melalui aktiviti dianjurkan pihak Kementerian atau pertubuhan belia. Di samping merujuk kepada media massa dan melalui pendidikan secara formal, diharap dapat menyumbang kepada perkongsian ilmu dan pengetahuan undang-undang belia tersebut bersama para belia setempat. Kata Kunci: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, undang-undang belia, aktiviti belia, Kementerian Belia Dan Sukan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, undang-undang belia, aktiviti belia, Kementerian Belia Dan Sukan |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 16 Oct 2023 13:41 |
| Last Modified: | 16 Oct 2023 13:41 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29841 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
