Abdullah, Siti Alida John and Yeon, Asmah Laili and Arshad, Rozita and Azhar, Alias and Ayub, Zainal Amin (2017) Tadbir Urus dan Pembangunan Belia: Pengalaman Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Journal on Leadership & Policy (JLP), 2 (1). pp. 83-97. ISSN 0127-0869
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (393kB) | Request a copy |
Abstract
Belia adalah penggerak utama dalam pembangunan. Mereka perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan dilibatkan secara langsung dalam pembuatan keputusan mengenai polisi-polisi pembangunan. Sebagai salah satu pemegang taruh, mereka perlu terlibat dalam tadbir urus di beberapa peringkat dalam pentadbiran negara, bukan hanya untuk memenuhi keperluan pembangunan berdasarkan kehendak mereka tetapi juga untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin-pemimpin negara di masa hadapan. Maka, kajian ini ingin menentukan sejauh mana peluang diadakan untuk melibatkan belia dalam proses-proses pembuatan keputusan terutama di akar umbi melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga kesedaran ahli-ahli JKKK mengenai kepentingan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan. Data dikumpulkan melalui pengedaran sebanyak 752 soal selidik kepada ahli-ahli JKKK di Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan yang sederhana oleh belia dalam JKKK dan tingkat kesedaran adalah tinggi dalam kalangan responden tentang keperluan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tadbir urus, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Belia, Pembuatan keputusan. |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 29 Oct 2023 15:21 |
| Last Modified: | 29 Oct 2023 15:21 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29847 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
