mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sejarah Gunaan: Pendekatan Baru Pensejarahan di Malaysia (Applied History: New Historical Approach in Malaysia)

Ab Ghani, Rohani (2023) Sejarah Gunaan: Pendekatan Baru Pensejarahan di Malaysia (Applied History: New Historical Approach in Malaysia). Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM), 1. pp. 1-8. ISSN 3009-0547

[thumbnail of AHJMM 01 00 2023 1-8.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (388kB) | Preview

Abstract

Sejarah seperti bidang-bidang lain juga merupakan satu bidang yang dinamik. Walaupun ia secara konservatif sering digambarkan sebagai “history is for the winner,” namun ia sebenarnya merupakan gambaran kehidupan masyarakat sezaman. Bidang sejarah berkembang menjadi disiplin ilmu yang menceritakan tentang manusia dan masyarakat berada dalam landasan ilmunya yang tersendiri. Kemunculan bidang sains yang menguasai disiplin sains sosial dan kemanusiaan telah memberikan impak yang besar terhadap bidang sejarah. Abad ke 20 sekali lagi telah menyaksikan transformasi dalam bidang sejarah apabila ia telah diintegrasikan ke dalam bidang-bidang sains sosial yang lain dan berubah dari sejarah tulen atau sejarah murni kepada sejarah gunaan. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan disiplin sejarah yang membawa kepada kemunculan sejarah gunaan yang merupakan pendekatan baru di Malaysia. Secara keseluruhannya kemunculan pendekatan baru dalam disiplin sejarah di Malaysia adalah selari dengan perkembangan yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Transformasi disiplin sejarah ini dilihat sebagai serampang dua mata iaitu memaksimumkan peranan fundamentalnya dalam pembangunan negara - bangsa dan dalam masa yang sama untuk memastikan survival disiplin sejarah kekal relevan sama seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain dalam arus perdana sistem pendidikan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sejarah, Sejarah Gunaan, sains sosial, sejarah tulen, negara bangsa.
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 27 Nov 2023 08:45
Last Modified: 27 Nov 2023 08:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29955

Actions (login required)

View Item View Item