Mohamad Hanafiah, Muhammad Nur Al Hakim and Che Yaacob, Mohd Firdaus (2023) Unsur-Unsur Sejarah Dalam Cerita Rakyat Melayu di Malaysia (Historical Elements in Malay Folklores in Malaysia). Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM), 1. pp. 54-70. ISSN 3009-0547
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (480kB) | Preview |
Abstract
Cerita rakyat Melayu merupakan bukti keunggulan masyarakat Melayu dalam menghasilkan karya yang kreatif dan berguna. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan cerita rakyat hanyalah dongeng semata-mata dan tidak memberi sebarang nilai positif. Walhal, sekiranya cerita rakyat dikaji secara mendalam sememangnya mengandungi nilai dan unsur sejarah yang boleh dijadikan teladan. Cerita rakyat Melayu diselitkan dengan unsur sejarah yang mengandungimesej positif dan mampu mendorong pembentukan jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur sejarah yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu dalam konteks pembentukan jati diri kanak-kanak. Rentetan itu,kajian ini melakukan penelitian terhadap aspek unsur sejarah dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan yang berpotensi untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak. Selanjutnya, deduktif kajian ini ialah salah satu prinsip Takmilah iaitu prinsip hubungan khalayak dengan karya untuk menghuraikan analisis dengan lebih jelas. Selain itu, metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan lapangan yang dilakukan di daerah Tumpat, Kelantan digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat. Akhir sekali, kajian ini mendapati unsur sejarah yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu di Bachok terbukti dapat dijadikan sebagai medium untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Cerita Rakyat Melayu, Kanak Kanak, Unsur Sejarah, Takmilah |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 27 Nov 2023 08:49 |
| Last Modified: | 27 Nov 2023 08:49 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29958 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions