mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan Perpaduan Di Malaysia Melalui Nilai Budaya Dalam Animasi Upin Dan Ipin (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation)

Md Ariff, Siti Nurkhalida and Awang Deng, Phat and Yaakub, Yusniza (2023) Pembentukan Perpaduan Di Malaysia Melalui Nilai Budaya Dalam Animasi Upin Dan Ipin (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation). Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM), 1. pp. 82-94. ISSN 3009-0547

[thumbnail of AHJMM 01 00 2023 82-94.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (478kB) | Preview

Abstract

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan kaum di Malaysia belum lagi utuh. Perasaan curiga antara kaum masih lagi wujud kerana sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan sentimen perkauman yang sering dihujahkan oleh pihak pihak tertentu termasuklah ahli politik. Hal ini telah menyebabkan masyarakat di Malaysia kurang memahami budaya masyarakat lain malah takut untuk bergaul dengan kaum lain. Kepelbagaian budaya di Malaysia perlu diraikan oleh setiap masyarakat di Malaysia dengan berusaha untuk memahami budaya kaum lain. Animasi Upin dan Ipin memainkan peranan dalam mempromosikan budaya majmuk di Malaysia dengan memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, malah telah diangkat sebagai duta mahabbah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai nilai pendidikan budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin yang dapat membantu dalam membentuk perpaduan di Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian untuk menyerlahkan nilai pendidikan budaya dalam animasi Upin dan Ipin berdasarkan pandangan Teori Sosiolisasi. Hasil kajian mendapati bahawa nilai budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin memberikan pengetahuan yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha memupuk perpaduan di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kebudayaan, animasi, perpaduan, Upin dan Ipin, Kebudayaan, animasi, perpaduan, Upin dan Ipin, teori sosialisasiteori sosialisasi
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 27 Nov 2023 08:56
Last Modified: 27 Nov 2023 08:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29960

Actions (login required)

View Item View Item