Tuan Adnan, Tuan Siti Nurul Suhadah and Che Yaacob, Mohd Firdaus (2023) Akal Budi Dalam Cerita Rakyat Interprestasi Sosiobudaya Kanak-Kanak Dan Remaja (Intellectual Values in the Sociocultural Interpretation of Folklore for Children and Teenagers). Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM), 1. pp. 95-107. ISSN 3009-0547
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (452kB) | Preview |
Abstract
Cerita rakyat merupakan satu identiti kepada masyarakat Melayu kerana keluhuran hati yang terkandung didalamnya. Cerita rakyat diolah oleh penglipur lara agar bersesuaian dengan keadaan kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu sekaligus dijadikan sebaga i pedoman kepada generasi muda seperti kanak kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, cerita rakyat mulai dipinggirkan kerana arus kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganali sis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu terhadap kanak kanak dan remaja. Kajian ini membataskan tiga cerita rakyat yang bertajuk Amukan Lembaga Hitam, Misteri Penunggu Panau dan Haji Mahmud Tokoh Agama. Ketiga tiga cerita rakyat ini diperoleh di Tanah Merah, Kelantan. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif, iaitu berpaksikan kaedah kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Teori pengkaedahan Melayu melalui pendekatan kemasyarakatan digunakan sebagai deduktif kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati akal budi dijadikan sebagai medium pengajaran yang sekaligus mendedahkan interprestasi sosiobudaya masyarakat Melayu melalui cerita rakyat yang disampaikan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Akal budi, cerita rakyat, sosiobudaya, kanak-kanak, remaja |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 27 Nov 2023 08:58 |
| Last Modified: | 27 Nov 2023 08:58 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29961 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions