Lai, Wei Sieng and Suresh, Preevetha and Yusuf, Abubakar Usman and Ardo, Abu Mohammed (2023) Tingkah Laku Pelajar Universiti Dalam Penggunaan, Perbelanjaan Dan Pelaburan (University Students' Behavior in Consumption, Expenditure and Investment). Journal of Business Management and Accounting (JBMA), 13 (1). pp. 129-152. ISSN 2231-9298 (e2636-9249)
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (1MB) | Preview |
Abstract
Tingkahlaku penggunaan, perbelanjaan, dan pelaburan dalam kalangan pelajar universiti sangat penting kerana di negara membangun seperti Malaysia, tingkah laku ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Penggunaan dan perbelanjaan mendorong pelaburan untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi negara. Kurang kajian yang difokuskan kepada tingkah laku kewangan pelajar universiti dan kebanyakan kajian ini tidak dilakukan secara teori dan hanya tertumpu pada faktor tunggal. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelajar universiti dan untuk mengisi jurang pengetahuan mengenai tingkah laku perbelanjaan, simpanan dan pelaburan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah tinjauan yang disasarkan kepada pelajar sarjanamuda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak 300 set soal selidik telah diedarkan secara dalam talian. Hasil kajian mendapati rata-rata pelajar universiti menghabiskan lebih 30% daripada duit pembiayaan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar universiti yang melabur di pasaran saham adalah berisiko dan majoriti pelajar universiti tidak gemar melabur dalam pelaburan berisiko tinggi. Kajian ini mencadangkan bahawa kaedah komunikasi yang lebih baik antara pelajar universiti dan institusi kewangan atau bank melalui media dalam talian seperti melalui e-mel dan komunikasi media sosial adalah salah satu langkah untuk memupuk sikap pelaburan dan penyimpanan dalam kalangan pelajar universiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kelakuan, pelajar universiti, perbelanjaan, simpanan, pelaburan |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Institute for Management and Business Research (IMBRe) |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 28 Nov 2023 09:24 |
Last Modified: | 28 Nov 2023 09:24 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29998 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |