Mohd Yusof, Shahrul Azmi and Mahat, Nor Idayu and Shamsuddin, Jauriyah and Din, Roshidi and Che Ahmad, Ayoib (2021) Pembangunan Sistem Asnaf I-Care (Fasa 1): Aplikasi Pengurusan Jual Beli Produk Asnaf Kedah (S/O 14536). Technical Report. UUM. (Submitted)
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) menyebabkan kebanyakan perniagaan tidak dapat beroperasi secara normal. PKP mempunyai kesan yang lebih teruk pada perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berbanding syarikat besar dan global. Oleh itu, satu konsep perniagaan digital berkonsepkan pengurus komuniti dicadangkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh IKS ini. Konsep perniagaan ini dinamakan Asnaf I-Care. Konsep Pengurus Komuniti yang diperkenalkan untuk membantu mendigitalkan perniagaan peniaga di mana pengurus komuniti bertanggungjawab ke atas segala pengurusan laman web peniaga dalam Asnaf I-Care, disamping menguruskan pemasaran melalui media sosial dan menguruskan pesanan. Maklumbalas terhadap I-Care telah berjaya diperolehi daripada 37 peniaga yang menjalankan perniagaan kecil dan mikro dan 43 orang pengurus komuniti termasuk 30 orang asnaf atau anak asnaf dalam Negeri Kedah di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai sampel sasaran untuk aplikasi e-dagang Asnaf I-Care. Soal selidik ini dirancang dan dilaksanakan menggunakan Google Forms, WhatsApp dan borang yang dicetak. Maklumbalas diambil dan disusun setelah tinjauan dilaksanakan selama sepuluh hari. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian, kesan pandemik dan perlaksanaan PKP kepada peniaga asnaf, kesediaan para peniaga dalam peralihan ke perniagaan e-dagang bersama pengurus komuniti, komisyen dan penetapan harga dalam aplikasi Asnaf I-Care dan cadangan dan komen para peniaga untuk menambah baik aplikasi Asnaf I-Care. Secara keseluruhannya, hampir kesemua peniaga bersetuju dengan konsep pengurus komuniti dalam membantu mereka berniaga secara atas talian. Bagi pihak pelajar pula, peratusan setuju mereka terhadap konsep perniagaan baharu ini adalah kurang berbanding peniaga. Ini berkemungkinan disebabkan perbezaan tahap minat dan penghayatan mereka dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri. Segala maklumbalas, komen serta cadangan penambahbaikan akan dipertimbangkan dalam penambahbaikan sistem Asnaf I-Care ini. Kesimpulannya, konsep perniagaan komuniti menggunakan konsep pengurus komuniti boleh diterima baik terutamanya oleh para peniaga yang rata-rata menghadapi kesan negatif disebabkan situasi COVID-19 dan PKP.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Additional Information: | IPIZ GRANT |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 27 Dec 2023 10:06 |
Last Modified: | 27 Dec 2023 10:06 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30176 |
Actions (login required)
View Item |