mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan Pengurusan Penggantian Bagi Perniagaan Keluarga Islam: Kajian Ke Atas Usahawan Muslim di Wilayah Utara (S/O 13862)

Abdullah, Syahrina and Mohamad, Armanurah and Abu Yazid, Afifah (2021) Amalan Pengurusan Penggantian Bagi Perniagaan Keluarga Islam: Kajian Ke Atas Usahawan Muslim di Wilayah Utara (S/O 13862). Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 13862.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perniagaan keluarga sangat penting kepada mana-mana negara kerana ianya dapat memberi sumbangan yang berharga kepada ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan perniagaan keluarga di Malaysia memberi sumbangan yang sangat besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sehingga kini tiada statistik yang lengkap mengenai perniagaan keluarga di Malaysia, terutamanya perniagaan keluarga milik usahawan Islam, tetapi yang jelas perniagaan keluarga telah dan akan terus memberi sumbangan yang bernilai kepada ekonomi negara. Bagaimanapun, terdapat banyak perniagaan keluarga yang menghadapi cabaran yang sengit dari aspek dalaman perniagaan keluarga itu sendiri, terutamanya mengenai pengurusan penggantian generasi seterusnya. Objektif kajian ialah (i) menerokai penerapan konsep pengurusan penggantian pemilikan bagi perniagaan keluarga Islam (ii) mengkaji perancangan pengurusan penggantian dalam sesebuah perniagaan keluarga Islam; (iii) menerokai permasalahan dan cabaran dalam pengurusan penggantian sebuah perniagaan keluarga Islam. Populasi kajian ini terdiri daripada usahawan perniagaan keluarga yang diuruskan oleh generasi kedua dan ke atas serta aset-asetnya dimiliki secara keseluruhan oleh pengasas beragama Islam. Kajian ini ialah kajian penerokaan di mana kajian penerokaan ialah sejenis kajian yang dijalankan di mana sesuatu masalah itu adalah di peringkat awal . Maka kaedah yang digunakan adalah jenis kajian kes berbentuk kualitatif yang melibatkan pengumpulan data secara dokumentasi dan temubual. Kajian yang dilakukan ini berpotensi memberi sumbangan dan dapat diaplikasikan terhadap isu dan persoalan dari aspek keusahawanan. Secara spesifiknya kajian ini dapat membantu usahawan Islam yang mempunyai perniagaan keluarganya sendiri untuk menangani masalah berkenaan pengurusan penggantian pemilikan harta perniagaan keluarga apabila pengasasnya ingin bersara dan mengalihkan perniagaan kepada generasi seterusnya.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: geran penjanaan
Uncontrolled Keywords: Perniagaan Keluarga Islam, Perancangan Penggantian, Cabaran dan masalah perniagaan
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 27 Dec 2023 10:26
Last Modified: 27 Dec 2023 10:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30204

Actions (login required)

View Item View Item