Hashim, Norashidah and Abdullah, Syahrina (2021) Mengejar Impian Keusahawanan: Kajian Pergerakan Kerjaya Graduan Sarjana Muda Keusahawanan (SMK) Universiti Utara Malaysia (S/O 12584). Technical Report. UUM. (Submitted)
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (SMK) merupakan salah satu program yang telah ditawarkan sebagai proses pendidikan keusahawanan secara formal bagi melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawan graduan dan juga usahawan dalaman. Kajian ini bertujuan untuk mengesan sejauhmana graduan telah berjaya merealisasikan impian menjadi usahawan seiring dengan objektif program. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti profil usahawan dan perniagaan mereka, mengenal pasti laluan kerjaya keusahawanan, mengenal pasti kesediaan graduan dalam mengejar impian mereka. Kajian ini menggunakan sampel daripada populasi graduan program keusahawanan sehingga 2019. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian dengan respon hanya seramai 66 orang sahaja dalam masa 2 bulan. Soal selidik telah diadaptasi daripada kajian lepas mengandungi 101 item. Dapatan kajian menunjukkan graduan SMK memulakan perniagaan semasa belajar di kampus, meneruskan semasa bekerja sepenuh masa dan juga ada menjadi usahawan sepenuh masa. Kajian ini menunjukkan bahawa objektif program ini tercapai dalam melahirkan usahawan dalaman dan juga usahawan graduan. Penambaikan bagi kurikulum SMK perlu dilakukan dengan menambah kemahiran terkini seperti keusahawanan digital. Kajian masa depan boleh dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kualitatif bagi mendapatkan data secara mendalam usahawan SMK yang telah berjaya menjadi jutawan.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Additional Information: | GERAN UNIVERSITI |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 27 Dec 2023 10:53 |
Last Modified: | 27 Dec 2023 10:53 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30219 |
Actions (login required)
View Item |