mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran Semasa Usahawan Dalam Permohonan Pensijilan Halal Malaysia Di Negeri Perlis

Hassan, Muhammad Haziq and Zamri, Mundzir and Fadilah, Arif (2023) Cabaran Semasa Usahawan Dalam Permohonan Pensijilan Halal Malaysia Di Negeri Perlis. International Journal of Islamic Business (IJIB), 8 (2). pp. 58-70. ISSN 0127-662X

[thumbnail of IJIB 08 02 2023 58-70.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (619kB) | Preview

Abstract

Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal antarabangsa. Oleh itu, pelbagai penetapan piawaian, prosedur dan inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu pihak industri mematuhi garis panduan halal secara menyeluruh. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk merungkai permasalahan yang dihadapi oleh para usahawan di negeri Perlis dalam permohonan pensijilan halal Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kaedah analisa kandungan melalui data hasil dapatan temubual bersama pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, JAIPs sebagai badan berautoriti utama dalam pengurusan halal negeri Perlis. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak berautoriti untuk menjaga kredibiliti pensijilan halal Malaysia tetapi, usaha pengawalan perlu dilaksanakan diperingkat dalaman syarikat pemegang pensijilan halal Malaysia. Justeru itu, segala isu cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini dapat memberi panduan kepada para usahawan untuk menghadapi cabaran semasa memohon dan memelihara pensijilan halal Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Usahawan, Pensijilan Halal Malaysia, Pengurusan Halal Industri
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 16 Jan 2024 08:09
Last Modified: 16 Jan 2024 08:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30239

Actions (login required)

View Item View Item