Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2023) Faktor Pendorong Kemunculan Komuniti Penjaja Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (S/O 21055). Project Report. UUM. (Unpublished)
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Pihak Berkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar sehingga pada masa kini berusaha untuk mengurangkan kemunculan penjaja, namun begitu usaha tersebut masih kurang berhasil kerana penjaja lama masih menjalankan perniagaan dan penjaja baharu sering muncul dalam pelbagai lokasi. Kajian ini melibatkan tiga objektif iaitu: pertama, mengkaji faktor dominan yang mendorong penjaja makanan menjalankan perniagaan; kedua, faktor dominan kemunculan penjaja makanan pada pandangan pelanggan; dan ketiga, faktor dominan kemunculan penjaja makanan pada pandangan penduduk tempatan. Kajian ini dijalankan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Objektif kajian pertama melibatkan seramai 12 orang responden dalam kalangan peniaga dan menggunakan analisis berbentuk kualitatif; Objektif kajian kedua dan ketiga melibatkan masing-masing seramai 217 sampel pelanggan dan 384 sampel masyarakat setempat. Kedua-dua objektif kajian tersebut menggunakan analisis berbentuk peratusan. Hasil temubual mendapati bahawa dua punca dominan penjaja berniaga iaitu tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka sukar mendapat kerja lebih baik, serta masa kerja lebih fleksibel menjadikan mereka lebih berminat menjadi penjaja makanan. Faktor dominan hasil kaji selidik kepada pelanggan pula adalah 20.7 peratus menganggapnya sebagai sumber pendapatan penting serta 16.1 peratus disebabkan oleh pasaran semasa yang baik dan gaya hidup masyarakat yang meminati kaedah perniagaan ini. Sementara faktor dominan pada pandangan masyarakat setempat pula adalah 22.1 peratus sebagai sumber pendapatan penting, dan 19.8 peratus disebabkan oleh kehilangan pekerjaan. Kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan Bandaraya Alor Setar seharusnya menyokong kemunculan penjaja selaras dengan negara-negara lain kerana terbukti dapat mengatasi pengangguran dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan dasar kementerian untuk kemajuan sector ekonomi berskala kecil.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | GERAN UNIVERSITI |
Uncontrolled Keywords: | Bandaraya Alor Setar, Peniaga Kecil, Penjaja |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | School of Government |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 13 Mar 2024 09:22 |
Last Modified: | 13 Mar 2024 09:22 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30553 |
Actions (login required)
View Item |