Kasim, Marini and Ab Rahman, Faizahani and Abd Rahim, Nazahah and Masruki, Rosnia (2023) Pembangunan Model Resiliensi Usahawan OKU Ke Arah Peningkatan Taraf Sosioekonomi Umat Islam (S/O 21150). Project Report. UUM. (Unpublished)
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan individu yang mempunyai ketidakupayaan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian. Disebabkan itu, golongan OKU mempunyai keterbatasan untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, ketidakupayaan tersebut seharusnya tidak menjadi halangan untuk terus resilien (berdaya tahan) dalam meneruskan kelangsungan hidup dan seterusnya mampu untuk lebih berdaya saing. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengukuran instrumen resiliensi yang merujuk kepada faktor-faktor pelindung. Kajian ini mendapati beberapa faktor pelindung dalaman dan luaran yang boleh digunakan untuk mengukur daya tahan usahawan OKU. Faktor pelindung dalaman terdiri daripada keagamaan, motivasi, emosi dan identiti kendiri. Manakala, faktor pelindung luaran termasuk sokongan sosial, intervensi psikologi dan fizikal, sumber inspirasi (ikon) dan kemudahan awam. Hasil kajian ini boleh dijadikan indikator kepada usahawan OKU untuk lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran sosioekonomi, di samping tidak hanya bergantung kepada institusi zakat. Namun begitu, institusi zakat dapat memainkan peranan dalam memberi sokongan bukan sahaja berbentuk kewangan tetapi juga memberi latihan dan bimbingan keusahawanan secara berterusan dalam mewujudkan ekosistem pembangunan sosioekonomi ummah yang lebih mampan.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | GERAN AGENSI LUAR (DLM NEGARA) - AWAM |
Uncontrolled Keywords: | usahawan OKU, resiliensi, pengukuran, faktor pelindung |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 13 Mar 2024 09:36 |
Last Modified: | 13 Mar 2024 09:36 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30561 |
Actions (login required)
View Item |