mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Memperkasa Latihan Mengoptima Impak Pemasaran Digital: Kajian Kes ke atas Komuniti Petani

Abu, Noor Hidayah and Othman, Zakirah and Mohd Shafie, Shafini (2022) Memperkasa Latihan Mengoptima Impak Pemasaran Digital: Kajian Kes ke atas Komuniti Petani. In: 7th International Case Study Conference, 13 - 15 September 2022, Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu, Malaysia.

[thumbnail of 7th ICSC 2022 372-382.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (554kB)

Abstract

Promosi dan pemasaran digital semakin berkembang luas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan. Keadaan ini seolah-olah telah menjadikan perniagaan yang tidak terlibat dalam pemasaran secara digital tidak akan bertahan lama. Namun begitu, tidak semua perniagaan yang terlibat memasarkan produk secara digital akan memperolehi kejayaan terutama kepada perniagaan berskala kecil. Oleh yang demikian, kajian kes yang menggunakan pendekatan naratif ini berusaha meneroka pengalaman responden yang terdiri daripada petani memasarkan hasil pertanian mereka melalui media sosial dan latihan-latihan yang diperlukan oleh responden bagi meningkatkan keberkesaan penggunaan media sosial sebagai medium mempromosi dan memasarkan produk secara digital. Enam respondent terdiri daripada petani yang memasarkan hasil pertanian secara pemasaran digital terlibat dalam kajian berbentuk kajian kes ini. Hasil dapatan kajian mendapati antara latihan-latihan yang diperlukan oleh responden ialah kaedah copywriting atau penulisan ayat iklan yang berjaya menarik perhatian pelanggan, kaedah penghasilan gambar dan infografik yang menarik dan kaedah suntingan video. Hasil dapatan dari kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam bidang akademik, usahawan yang baharu menggunakan kaedah pemasaran secara digital dan kerajaan dalam membangunkan latihan-latihan yang terbaik kepada belia negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: promosi digital, pemasaran digital, padi organik, petani, latihan dan pembangunan, usahawan tani
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Institute for Management and Business Research (IMBRe)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 02 Apr 2024 12:57
Last Modified: 02 Apr 2024 12:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30702

Actions (login required)

View Item View Item