mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pemodelan Hubungan antara Kesejahteraan Hidup, Keserakanan, dan Kesejahteraan di Tempat Kerja dengan Efikasi Guru secara Kolektif

Yusof, Yusni Zaini and Awang Hashim, Rosna and Tengku Ariffin, Tengku Faekah (2015) Pemodelan Hubungan antara Kesejahteraan Hidup, Keserakanan, dan Kesejahteraan di Tempat Kerja dengan Efikasi Guru secara Kolektif. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 12. pp. 177-204. ISSN 1675-8110

[thumbnail of MJLI 12 00 2015 177-204.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (793kB) | Preview

Abstract

Tujuan - Berdasarkan model kognitif sosial, kajian ini mengkaji kesan langsung dan tidak langsung terhadap efikasi guru secara kolektif. Secara khusus, kajian ini menilai peranan kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan di tempat kerja dalam menerangkan efikasi guru secara kolektif. Metodologi - Seramai 836 sampel guru dipilih secara rawak dari dua belas buah MRSM Zon Timur di Malaysia. Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang mengandungi 85 item. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Persamaan Berstruktur. Dapatan - Dapatan kajian ini menunjukkan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja adalah secara signifikan mempengaruhi efikasi guru secara kolektif. Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan model, didapati bahawa kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis persamaan berstruktur menunjukkan bahawa kesejahteraan di tempat kerja adalah pengantara separa hubungan kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru dan efikasi guru secara kolektif. Berbanding kesejahteraan hidup, keserakanan guru memperlihatkan kesan yang lebih kuat terhadap efikasi guru secara kolektif. Signifikan - Kajian ini memperkenalkan model yang menunjukkan kepentingan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja sebagai penyumbang yang signifi kan kepada efikasi guru secara kolektif. Ia juga mengenal pasti kepentingan keserakanan guru dalam membangunkan efikasi guru secara kolektif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan ditempat kerja, efikasi guru secara kolektif
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 02 Apr 2024 13:09
Last Modified: 02 Apr 2024 13:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30711

Actions (login required)

View Item View Item