Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin and Abdul Rahman, Azizan (2021) Zakat dan Muallaf serta kaitannya dengan MaqᾹsid Shari‘ah. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 3 (1). pp. 125-136. ISSN 2682-7530
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (349kB) | Request a copy |
Abstract
Zakat merupakan hasil kutipan yang dipungut daripada orang-orang kaya untuk diagihkan kepada lapan jenis asnaf, antaranya adalah muallaf. Artikel ini menjelaskan tentang zakat dan muallaf serta kaitannya dengan maqasid shari‘ah. Penjelasan tentang zakat termasuklah definisi zakat dari segi bahasa dan istilah, tujuan dan hikmah berzakat, pensyariatan zakat, serta ulasan beberapa kajian lepas tentang zakat. Manakala, perbincangan tentang muallaf berkisar dari aspek definisi muallaf menurut pandangan pelbagai Mazhab fiqh yang muktabar, Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR), pandangan para fuqaha tentang kriteria muallaf serta peruntukan zakat kepada asnaf muallaf. Perkaitan antara zakat dan muallaf dari sudut maqasid shari‘ah juga dijelaskan serba sedikit. Bagi tujuan perbincangan ini, pelbagai kitab-kitab agama dan artikel-artikel jurnal telah dirujuk. Secara ringkasnya, definisi zakat dari sudut istilah dan bahasa adalah agak berbeza tetapi tujuannya adalah sama. Sebaliknya, muallaf adalah orang yang dilembutkan hatinya untuk memeluk agama Islam. Pengagihan zakat kepada muallaf adalah untuk menjaga maqasid shari‘ah iaitu dari sudut menjaga agama
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Zakat, Muallaf, Maqāsid Shari‘ah |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | College of Business |
Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
Date Deposited: | 15 Jul 2024 09:09 |
Last Modified: | 15 Jul 2024 09:09 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31047 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |