mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Busana Tradisional Kedah: Kelestarian dan Kemandirian Industri Kontemporari (S/O 14338)

Ismail, Adzrool Idzw An and Zainal Abidin, Ahmad Hisham and Zaibon, Syamsul Bahrin and Jamali, Siti Salmi and Yusoff, Mohd Fitri and Mhd Padoli, Mohd Fairuz and Alwi, Asmidah and Abu Bakar, Juliana Aida and Yacob, Mohd Idzwan (2020) Busana Tradisional Kedah: Kelestarian dan Kemandirian Industri Kontemporari (S/O 14338). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14338.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau secara dekat keadaan penerimaan pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja di Negeri Kedah malahan di negara Malaysia serta di peringkat global amnya berkaitan tentang busana tradisional kedah yang merujuk kepada kelestarian dan kemandirian dalam industri kontemporari. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mix-methods) kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif merujuk kepada pandangan umum masyarakat dari pelbagai lapisan tentang keadaan atau penerimaan baju tradisional Kedah dalam keadaan semasa. Manakala kaedah kuantitatif yang dijalankan secara temubual dan eksperimen telah dijalankan untuk meneliti kajian secara mendalam terhadap corak-corak ( design), motif serta bahan-bahan kain yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk baju Kedah dan tekapan motif batik Sintok bagi kesesuaian pasaran. Hasil kajian ini dapat di gunakan bagi melestari serta memandirikan baju tradisional Kedah agar lebih menyerlah dan lebih diterima oleh masyarakat umum sebagai satu busana atau fesyen yang lebih kontemporari serta dapat dipasarkan secara meluas di pasaran tempatan dan antarabangsa. Kajian ini telah memberikan impak yang besar kepada pengusaha industri jahitan , industri tekstildan universiti untuk tujuan menjana pendapatan kepada penduduk kampung yang terlibat dalam kajian ini

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN UNIVERSITI
Uncontrolled Keywords: Busana Kedah, Kemandirian, Kontemporari, Industri kecil dan Pasaran
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 11:29
Last Modified: 18 Nov 2024 11:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31547

Actions (login required)

View Item View Item