mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gaya Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa di UUM (S/O 14785)

Mansor, Marzalina and Abdul Mutalib, Mashetoh and Abdullah, Juwati (2021) Gaya Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa di UUM (S/O 14785). Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14785.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti gaya belajar bahasa Melayu dalam kalangan pelajar anatarabangsa di UUM. Tujuan utama kajian ini dijalankan kerana timbulnya kesedaran bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu kepada satu strategi dan kaedah yang lebih baik bagi menjamin pencapaian pelajar yang cemerlang. Malah pembelajaran bahasa Melayu ini perlu dititikberatkan terutama kepada pelajar antarabangsa yang belajar bahasa Melayu di UUM. Malah kesedaran bahawa lnstitusi pendidikan seperti UUM memainkan peranan yang amat penting dalam menyedia dan melengkapkan pelajar antarabangsa untuk menjadi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran llmu dan mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan yang diperoleh menerusi proses pembelajaran merupakan aset penting kepada semua pelajar sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Tanpa ilmu dan kemahiran yang mencukupi, pastinya akan menyebabkan para pelajar gagal untuk bersaing bagi merebut segala peluang yang ada. Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti gaua pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di UUM yang mengikuti kursus SBLF1093 Malay As a Foreign Language. Penelitian menunjukkan bahawa gaya belajar pelajar antarabangsa di UUM dipengaruhi oleh kelima-lima rangsangan dalam Model Dunn & Dunn (1982). Pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu di UUM telah dipengaruhi oleh gaya belajar yang meliputi rangsangan emosi, persekitaran, sosiologi, psikologi dan fisiologi. Malah gaya belajar pelajar antarabangsa juga turut diteliti berdasarkan negara asal pelajar. Penelitian menunjukkan gaya belajar pelajar dari Indonesia lebih menunjukkan kekitaan dan semangat setia kawan. Pelajar Indonesia suka belajar secara berkumpulan malah setia bersama pelajar senegara. Manakala pelajar dari Somalia pula lebih teliti. Mereka berani dan selesa belajar bersendirian dan tidak gemar belajar secara berkumpulan. Pelajar dari negara China pula dominan kepada gaya belajar individual. Pelajar dari negara China begitu meyakini seorang guru yang berilmu. Pelajar Yaman pula suka belajar dengan guru yang berkeliber yakni cekap berbahasa. Pelajar Bangladesh dan Thailand merupakan pelajar yang ekstrovert dan suka mempelajari perkara-perkara baru dalam pembelajaran mereka

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: GERAN: UNIVERSITI
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 19 Nov 2024 06:33
Last Modified: 19 Nov 2024 06:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31603

Actions (login required)

View Item View Item