Bakar, Normizan and Abdullah, Hussin and Abu Bakar, Abu Sufian (2004) Tingkat daya saing industri Malaysia dalam globalisasi. In: Globalisasi dalam perspektif isu dan cabaran. IBS Buku, Petaling Jaya, pp. 387-402. ISBN 9679501809
PDF
Restricted to Repository staff only Download (203kB) |
Abstract
Dalam sistem Ekonomi Baru, setiap negara terdedah kepada persaingan global. Dunia tanpa sempadan atau dikenali sebagai pengaruh globalisasi memaksa setiap negara menjadi lebih berdaya saing dan inovatif, atau terpaksa menjadi pemangsa globalisasi. Pasaran kini bersifat dinamik, persaingan bersifat global, dan bentuk organisasi bersifat jaringan, bukan lagi bersifat pegun, domestik, dan organisasi birokrasi. Pengeluaran bukan lagi bersifat 'mass production' tetapi pengeluaran yang fleksibel. Kunci kepada pertumbuhan adalah pengetahuan dan inovasi. Sementara teknologi yang digunakan bukan lagi bersifat mesin tetapi berbentuk digital. Dengan berkembangnya fenomena tersebut menyebabkan tingkat persaingan global semakin sengit. Sehubungan dengan itu perindustrian di Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan global dengan cepat, pantas dan tepat melalui peningkatan daya saingnya, terutama peningkatan kualiti sumber tenaga manusia yang mahir dalam rangka menghadapi AFTA, APEC dan WTO.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 29 May 2011 01:59 |
Last Modified: | 29 May 2011 01:59 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3195 |
Actions (login required)
View Item |