Sairan, Mohd Ammyrul Ashraf (2024) Perspektif Islam Berkenaan Teknik Bermain dalam Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 27. pp. 161-183. ISSN 1394-6528
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (1MB) | Preview |
Abstract
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan anak-anak pada masa hadapan. Dalam konteks pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap perkembangan kanak-kanak dalam meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Kurangnya pemahaman dalam perspektif Islam dalam mendidik kanak-kanak secara menyeronokan dalam pembelajaran menjadi permasalahan utama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan bagi mengkaji tentang pembelajaran secara bermain dalam konteks Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kepustakaan bagi mendapatkan sumber primer yang berhubungan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Pandangan sarjana barat juga dikaji bagi melihat persamaan dan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Kebanyakan sumber maklumat diperolehi menerusi jurnal, buku, al-Quran, hadis dan artikel. Maklumat yang dikumpulkan akan disaring untuk dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil analisis menjelaskan bahawa pendekatan bermain dalam pendidikan awal kanak-kanak menerusi perspektif Barat telah menjadi amalan gaya asuhan dalam konteks Islam serta menjadi amalan Rasullullah SAW. Justeru, dengan memberi penerangan tentang aktiviti bermain yang diselarikan dengan elemen agama dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi pengetahuan dan ilmu bahkan dari sudut holistik merangkumi sosial, emosi, fizikal dan rohani
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pendidikan awal, Islam, permainan, kanak-kanak, pembelajaran. |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | College of Arts and Sciences |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 19 Feb 2025 11:46 |
| Last Modified: | 19 Feb 2025 11:46 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32081 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
