Mat Hassan, Ahmad Fuad and Abdullah, Syahrina and Rofie, Mohamad Khadafi (2023) Isu dan Permasalahan Usahawan Mikro dalam Melaksanakan Kreativiti dan Inovasi Perniagaan. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 8 (51). pp. 1-9. ISSN 0128-1844
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License ["licenses_description_cc4_by_sa" not defined]. Download (209kB) | Preview |
Abstract
Usahawan kecil dan mikro sering berhadapan dengan isu dan masalah ketika menguruskan perniagaan. Ketika menguruskan perniagaan, aspek kreativiti dan inovasi merupakan kaedah untuk memastikan perniagaan lebih berdaya saing. Kreativiti dan inovasi merupakan strategi yang penting dan menjadi pemangkin kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Namun begitu, usahawan mikro sering berhadapan dengan isu dan permasalahan ketika melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Kertas kerja ini akan membincangkan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan mikro yang menjalankan penternakan madu kelulut dalam melaksanakan kreativiti dan inovasi. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dijalankan melalui temubual secara atas talian terhadap sepuluh (10) usahawan kecil di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya penyelidik juga telah memperolehi maklumat yang lebih mendalam berkaitan masalah usahawan melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan madu kelulut mengakui tidak dapat melaksanakan kreativiti dan inovasi secara berkesan kerana menghadapi kekangan dan masalah perniagaan. Masalah tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan madu kelulut di Daerah Sik disarankan untuk melaksanakan strategi kreativiti dan inovasi secara berperingkat supaya dapat melestarikan perniagaan madu kelulut pada masa hadapan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Usahawan mikro dan kecil, isu dan cabaran, kreativiti dan inovasi, perniagaan |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 10 Jul 2025 14:41 |
| Last Modified: | 10 Jul 2025 14:41 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32350 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
