Ali, Mazidah and Anal, Ardzulyna and Sharif, Shamshuritawati and Sulaiman, Suhaimee (2023) Hubungan antara Sikap dengan Pendapatan Ibu Bapa Murid Pemulihan Khas Berisiko Disleksia Terhadap Penguasaan Literasi Bahasa. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 21 (2). pp. 54-81. ISSN 22298495
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (273kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara sikap denganpendapatan ibu bapa murid pemulihan khas berisiko disleksia dalampenguasaan literasi bahasa. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Teknik pensampelan secara rawak digunakan bagi menentukan sampel kajian. Responden adalah seramai 99 orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keseluruhan sikap ibu bapa terhadap murid berisiko disleksia berada pada tahap sederhana (min=3.05;s.p.=0.285) manakala analisis ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor sikap ibu bapa murid pemulihan khas berisiko disleksia dalampenguasaan literasi bahasa antara tiga tahap pendapatan yang berbeza (B40, M40 dan T20). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor sikap dan pendapatan ibu bapa murid pemulihan khas berisiko disleksia terhadap penguasaan literasi bahasa dengan nilai r(99)= 0.023, p>0.05. Maka, pendapatan bukanlah faktor utama dalam mempengaruhi sikap ibu bapa dalam memastikan penguasaan literasi bahasa. Pihak sekolah juga memainkan peranan dalam menyebar luas ilmudisleksia agar ibu bapa dapat menyokong keperluan pembelajaran murid pemulihan khas berisiko disleksia supaya hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu 100% penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) murid Tahap 1 tercapai
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Hubungan, sikap, pendapatan, ibu bapa, literasi bahasa, murid pemulihan khas, disleksia |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
| Divisions: | School of Quantitative Sciences |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 18 Nov 2026 04:01 |
| Last Modified: | 18 Nov 2026 04:01 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32827 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
