Alias, Zulianis and Jafar, Mohd Fairuz and Kasim, Marini (2023) Pengaruh Sikap sebagai Pengantara Hubungan di antara Aspek Efikasi Kendiri dengan Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8 (49). pp. 239-258. ISSN 0128164X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (423kB) | Preview |
Abstract
Kemahiran penyelesaian masalah Matematik adalah proses kognitif yang ditekankan dalam kurikulum pendidikan Matematik di Malaysia. Namun, data TIMSS dan PISA menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah Matematik dalam kalangan murid masih lemah. Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh aspek efikasi dan sikap terhadap kemahiran penyelesaian masalah Matematik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitaif sepenuhnya. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah pensampelan berkelompok dan pensampelan rawak mudah. Sampel kajian ialah 450 orang murid di sekolah rendah di negeri Kedah. Tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu Mathematical Problem Solving Self-Efficacy, Attitudes Towards Problem Solving Skills dan 10 soalan penyelesaian masalah dalam topik Nombor dan Operasi Tahun 5 . Data dianalisis menggunakan perisian IBM Statistics dan Smart-PLS versi 4. Dapatan menujukkan bahawa aspek efikasi dan sikap mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah Matematik. Sikap terhadap Matematik berperanan sebagai pengantara. Kajian ini memberi maklumat bahawa aspek sikap menjadi penghubung yang penting di antara aspek efikasi dengan kemahiran penyelesaian masalam Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini membantu guru dengan menyalurkan maklumat tentang faktor efektif yang paling mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah Matematik adalah sikap dan membantu penggubal dasar untuk menyediakan program atau aktiviti yang menjurus kepada efikasi dan sikap murid terhadap Matematik
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Efikasi Kendiri, Sikap, Kemahiran Matematik, Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | School of Education & Modern Languages |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 02 Nov 2026 11:08 |
| Last Modified: | 02 Nov 2026 11:08 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34338 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
