mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) terhadap Rukun Negara Sebagai Medium Keharmonian di Malaysia = Perceptions of Rukun Negara as a Mediator of Harmony among Students in Higher Learning Institutions

Mohamad, Ayu Nor Azilah and Mohamad, Wayu Nor Asikin and Haniffa, Mohamed Ali and Ahmad Shatir, Mohd Adib Akmal (2024) Persepsi Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) terhadap Rukun Negara Sebagai Medium Keharmonian di Malaysia = Perceptions of Rukun Negara as a Mediator of Harmony among Students in Higher Learning Institutions. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8 (1). pp. 52-67. ISSN 26007622

[thumbnail of ATTARBAWIY 08 01 2024 52-67.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (279kB) | Preview

Abstract

Rukun Negara ialah satu ideologi yang menjadi teras kepada panduan dan pemikiran negara Malaysia. Rukun Negara ditubuhkan oleh Majlis Gerakan Negara. Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 selepas setahun berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Matlamat utama pengenalan Rukun Negara ialah untuk membina keharmonian dan perpaduan antara kaum yang pelbagai agama, budaya dan bangsa. Objektif kajian ini ialah untuk melihat pandangan golongan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap Rukun Negara yang berperanan sebagai medium keharmonian dalam masyarakat kepelbagaian di Malaysia. Seramai 781 orang responden yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa IPT di seluruh negara. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik melalui survei untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciense (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai skor min, sisihan piawaian, kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa responden sangat setuju bahawa Rukun Negara dapat berperanan penting menjadi medium dalam membina keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini kerana kelima-lima prinsip Rukun Negara menjadi asas kepadapembinaan perpaduan yang kukuh antara kaum demi mencapai kejayaan dan kestabilan masyarakat di Malaysia

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Rukun Negara, mahasiswa, medium, keharmonian, Malaysia.
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 03 Nov 2026 09:19
Last Modified: 03 Nov 2026 09:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34424

Actions (login required)

View Item View Item