mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Rebloc Batik: Alat Cetakan Alternatif Berasaskan Bahan Terpakai

Che Ya, Mohamad Shukri and Jamaluddin, Mohd Aliff Safuan (2025) Rebloc Batik: Alat Cetakan Alternatif Berasaskan Bahan Terpakai. Journal of Creative Industry & Sustainable Culture (JCISC), 4 (17). pp. 270-284. ISSN 2976-2480

[thumbnail of JCISC 04 17 2025 270-284.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (447kB) | Preview

Abstract

ReBloc Batik merupakan satu pendekatan inovatif dalam penghasilan batik dengan memanfaatkan bahan buangan sebagai alat tekapan batik alternatif. Inisiatif ini menumpukan kepada penggunaan kotak terpakai sebagai pengganti kepada alat konvensional seperti canting dan blok. Pendekatan ini bukan sahaja menonjolkan sisi inovatif dalam teknik penghasilan rekacorak batik, tetapi juga menyokong prinsip kelestarian melalui amalan guna semula dan kitar semula bahan. Kajian ini berasaskan dua isu utama, iaitu kekangan penggunaan alat batik konvensional yang mahal serta pembuatan blok tembaga yang memerlukan kemahiran tinggi, dan peningkatan sisa pembungkusan khususnya kotak yang tidak dikitar semula. Justeru, kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai potensi kotak terpakai sebagai alat cetakan alternatif, serta mengkaji keberkesanannya dari aspek kualiti corak, penjimatan kos, dan sumbangan terhadap kelestarian alam sekitar. Kajian ini menggunakan Model Proses Kreatif Graham Wallas (1926) yang merangkumi empat peringkat: persediaan, pengeraman, iluminasi, dan verifikasi oleh 2 pakar batik dan 2 pengusaha seni tekstil batik. Secara keseluruhannya, ReBloc Batik berperanan sebagai alatan alternatif transformasi bahan buangan menjadi sumber berfungsi tinggi dalam penghasilan batik, sekaligus menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan pengukuhan warisan seni tekstil negara melalui pendekatan yang lebih inklusif, lestari dan ekonomi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pengurusan sisa, bahan buangan, alat cetakan batik, alat batik alternatif, batik alternatif
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions: School of Creative Industry Management and Performing Arts
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 10 Nov 2026 07:36
Last Modified: 10 Nov 2026 07:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34522

Actions (login required)

View Item View Item