mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penyelesaian konflik dalam naratif epik Iban: Satu kajian terhadap Ensera Ayor = Conflict resolution in Iban epic narrative: A study on Ensera Ayor

Wan Razali, Wan Roshazli (2025) Penyelesaian konflik dalam naratif epik Iban: Satu kajian terhadap Ensera Ayor = Conflict resolution in Iban epic narrative: A study on Ensera Ayor. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 107-129. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS 04 01 2025 107-129.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (5MB) | Preview

Abstract

Malaysia bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian masyarakat majmuk tetapi juga memiliki warisan kesusasteraan yang unik, merangkumi pelbagai etnik termasuk masyarakat Orang Asli serta etnik di Sabah dan Sarawak. Walaupun Sarawak dan Sabah dipisahkan secara geografi oleh Laut China Selatan daripada Semenanjung Malaysia, hal ini tidak menghalang perkembangan dan penyebaran karya kesusasteraan mereka. Ensera Ayor merupakan salah satu epik klasik yang sangat berharga bagi masyarakat Iban dan terus menjadi rujukan generasi kini. Sebagai sebuah epik, Ensera Ayor menampilkan pelbagai konflik yang diolah dengan penuh kebijaksanaan oleh pengarangnya. Konflik merupakan elemen asas dalam sesebuah karya sastera, namun ia dapat diselesaikan melalui pelbagai kaedah. Oleh itu, makalah ini membincangkan kaedah penyelesaian konflik yang terdapat dalam Ensera Ayor dengan berpandukan pendekatan penyelesaian konflik yang dikemukakan oleh M.d Yadi Said serta Blake dan Mouton. Hasil penelitian mendapati bahawa lima kaedah utama yang digunakan dalam penyelesaian konflik dalam Ensera Ayor ialah pengelakan, persaingan, mempertahankan diri, muslihat, dan penyesuaian diri. Kelima-lima kaedah ini berakar dalam adat serta nilai budaya masyarakat Iban, yang mencerminkan kebijaksanaan dan strategi mereka dalam menangani pertentangan sosial.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penyelesaian konflik, Ensera Ayor, masyarakat Iban, muslihat, penyesuaian diri.
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 10 Nov 2026 07:55
Last Modified: 10 Nov 2026 07:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34530

Actions (login required)

View Item View Item