mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa berdasarkan kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT di Selatan Thailand = The usage of language learning strategies based on Malay listening and speaking skills among university students in Southern Thailand

Abdullah Song, Muhammad Alee (2025) Penggunaan strategi pembelajaran bahasa berdasarkan kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT di Selatan Thailand = The usage of language learning strategies based on Malay listening and speaking skills among university students in Southern Thailand. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 215-243. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS 04 01 2025 215-243.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti strategi pembelajaran bahasa bagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT di Selatan Thailand. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh pelajar serta menganalisis keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Bagi mencapai objektif yang dinyatakan, kajian ini menerapkan metodologi kuantitatif-deskritptif. Data diperoleh melalui kaedah kajian tinjauan iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 245 pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Melayu di dua IPT di wilayah Yala. Data terkumpul dianalisis menggunakan perisian Package for Science Social (SPSS) versi 23.0 dengan menerusi analisis statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi yang paling kerap digunakan oleh informan bagi meningkatkan kemahiran mendengar adalah dengan memberi perhatian dalam kelas dan mendengar perbualan rakan sebaya; manakala bagi kemahiran bertutur pula, strategi yang diterapkan ialah perbualan dalam bahasa Melayu dengan rakan dan di kelas. Kajian juga mendapati bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti luar seperti debat dan pidato masih rendah justeru menyumbang kepada kerendahan tahap penguasaan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan supaya lebih banyak aktiviti luar bilik darjah diperkenalkan bagi memastikan peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu oleh para informan. Selain itu, hasil kajian ini juga berupaya memberikan panduan kepada tenaga pengajar dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran bahasa, kemahiran mendengar dan bertutur, bahasa Melayu, pelajar universiti, Selatan Thailand
Subjects: P Language and Literature > PE English
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 10 Nov 2026 08:26
Last Modified: 10 Nov 2026 08:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34534

Actions (login required)

View Item View Item