mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ketahanan ekonomi masyarakat luar bandar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan: analisis sastera dan sosioekonomi pascamerdeka = Economic resilience of rural communities in Ranjau Sepanjang Jalan: a literary and socioeconomic analysis of the post-independence era

Mohd Shuhaini, Norsaliza and Ismail, Shahril (2025) Ketahanan ekonomi masyarakat luar bandar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan: analisis sastera dan sosioekonomi pascamerdeka = Economic resilience of rural communities in Ranjau Sepanjang Jalan: a literary and socioeconomic analysis of the post-independence era. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 297-319. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS  JBSB J4 B1 Julai 2025 297 319.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (463kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti cabaran sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui analisis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Ketahanan ekonomi merujuk kepada kemampuan masyarakat menyesuaikan diri dan bertahan dalam menghadapi cabaran ekonomi adalah tema penting dalam sastera pascamerdeka yang menggambarkan perjuangan masyarakat luar bandar yang dihimpit situasi sosioekonomi yang mencabar. Kajian ini meneliti kekangan sosioekonomi yang menyebabkan kemiskinan dan ketidakseimbangan peluang di kawasan luar bandar yang masih wujud dalam masyarakat Malaysia kini melalui penggunaan Teori Kemiskinan Struktural oleh William (1987). Selain itu, Pendekatan Pengurusan oleh Mohammad Mokhtar Abu Hassan (2013) turut digunakan bagi merangka strategi penyelesaian terhadap isu dengan memberi tumpuan kepada pengurusan sumber dan pembangunan komuniti secara mampan. Berdasarkan analisis bandingan dengan data sosioekonomi terkini, kajian menyumbang kepada penemuan bahawa Ranjau Sepanjang Jalan kekal relevan dalam konteks kemiskinan luar bandar Malaysia hari ini sepertimana komuniti marginal memanfaatkan sumber terhad dalam menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi. Penemuan ini turut mencerminkan naratif sastera sebagai alat penting dalam memperkukuh pemahaman terhadap dinamika sosioekonomi semasa di kawasan luar bandar. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan perspektif baharu dalam usaha menangani isu kemiskinan dan kesejahteraan sosial dalam masyarakat luar bandar Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemiskinan struktural, pembangunan kemandirian ekonomi, sosiobudaya masyarakat luar, novel Ranjau Sepanjang Jalan, pendekatan pengurusan.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Nov 2026 07:12
Last Modified: 04 Nov 2026 07:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34596

Actions (login required)

View Item View Item