Osman, Zamimah and Tuan Ibharim, Mohamad Zakuan (2025) Analisis bibliometrik domain bahasa, sastera dan budaya: perbandingan makalah berindeks Scopus dengan rentas: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya = Bibliometric analysis of language, literature, and culture domains: a comparison of Scopus-indexed articles and rentas: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4 (1). pp. 349-378. ISSN 2976-3126
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (5MB) | Preview |
Abstract
Analisis bibliometrik merupakan alat penting dalam penilaian dan pemetaan hasil penyelidikan dan penerbitan teks ilmiah, terutamanya dalam mengenal pasti pola penulisan, metrik petikan, perkembangan bidang tujahan dan impak penerbitan. Dalam aspek penerbitan, dapatan ini berupaya membantu penulis, penilai dan pentadbir jurnal dalam menentukan kerelevanan makalah yang diterbitkan dengan keperluan semasa. Bagi tujuan ini, analisis bibliometrik yang merangkumi tiga domain jurnal RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, iaitu bahasa, sastera dan budaya dijalankan. Berteraskan statistik penerbitan makalah berindeks Scopus, analisis yang dikemukakan membahaskan dua petunjuk utama bibliometrik, iaitu pemetaan domain kajian dan analisis trend temporal bagi menilai trend penerbitan makalah semasa dan impak penerbitan makalah ketiga-tiga domain. Amnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa trend penerbitan RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya adalah seiring dengan perkembangan penerbitan di peringkat antarabangsa, khususnya berasaskan petunjuk jaringan bidang-subbidang dan kata kunci. Makalah ini turut menghuraikan implikasi analisis bibliometrik terhadap dasar penerbitan dan pengurusan jurnal yang lebih sistematik dan saintifik. Penulisan ini diharapkan berupaya menjadi panduan kepada sidang editorial jurnal untuk meningkatkan keterlihatan jurnal, sekali gus membantu merancang penerbitan makalah yang berimpak tinggi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Bibliometrik, bahasa, sastera, budaya, Scopus, trend penerbitan. |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science |
| Divisions: | School of Education & Modern Languages |
| Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
| Date Deposited: | 04 Nov 2026 07:18 |
| Last Modified: | 04 Nov 2026 07:18 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34598 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions