mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meningkatkan hasil tanaman padi golongan asnaf Lembaga Zakat Kedah melalui pendekatan formal dan latihan intensif pengurusan tanaman dan benih dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia = Improving rice crop yields among the asnaf group of the Kedah Zakat Board through formal approaches and intensive training in crop and seed management in collaboration with Universiti Utara Malaysia

Abbas, Hartinee and Abdul Manap, Nur Marina and Ab Rahman, Zuraida and Ahmad, Siti Noraini and Omar, Mohd Naim (2024) Meningkatkan hasil tanaman padi golongan asnaf Lembaga Zakat Kedah melalui pendekatan formal dan latihan intensif pengurusan tanaman dan benih dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia = Improving rice crop yields among the asnaf group of the Kedah Zakat Board through formal approaches and intensive training in crop and seed management in collaboration with Universiti Utara Malaysia. International Journal of Zakat and Islamic Philanthrophy, 6 (1). pp. 20-28. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 06 01 2024 20-28.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (226kB) | Request a copy

Abstract

Asnaf merupakan golongan yang menjadi keutamaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk dibantu agar bebas dari kemiskinan. Pelbagai bantuan diberikan kepada golongan ini termasuk menawarkan pekerjaan sebagai pesawah sepenuh masa di tanah milik LZNK. Walau bagaimanapun kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai kefahaman dan kemahiran dalam menguruskan tanaman padi secara formal. Pengurusan sawah padi semakin maju dan banyak menggunakan teknologi terkini yang memerlukan latihan formal dan kefahaman yang baik. Latihan secara formal kepada individu yang terlibat dalam aktiviti pertanian sangat penting kerana akan mempengaruhi cara pengurusan tanaman yang diusahakan. Universiti Utara Malaysia mengambil inisiatif berkongsi ilmu pengurusan tanaman padi berhasil tinggi kepada masyarakat dengan memberi latihan formal dan bimbingan dilapangan secara intensif. Seramai 33 peserta telah terlibat dalam seminar sehari yang dijalankan serta 2 orang peserta telah dipiih untuk dibantu secara intensif dilapangan. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pengurusan tanaman padi dan benih secara formal dan latihan teknikal kepada peserta Skim Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SMART SBBA) di bawah pengurusan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dapatan kajian mendapati tahap kefaham peserta meningkat secara drastik di antara 46-89% setelah mengikuti seminar. Selain itu, hasil padi meningkat sebanyak 3 dan 18 kali ganda berbanding musim sebelumnya. Oleh itu. pendekatan ini merupakan satu permulaan kepada usaha yang berterusan agar setiap peserta mampu menguruskan tanaman padi dengan bijaksana demi kelestarian sumber makanan negara pada masa hadapan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Latihan formal, Asnaf, Padi, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Hasil
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 09 Nov 2026 08:31
Last Modified: 09 Nov 2026 08:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34654

Actions (login required)

View Item View Item