Mansor, Siti Alwaliyah and Sohaimi, Nor Suzylah and Ibrahim, Nabisah (2024) Pengurusan Pentadbiran, Perundangan, dan Bangunan Penjara Negeri-Negeri Selat, 1790-1826. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9 (61). pp. 787-798. ISSN eISSN: 0128-1755
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License ["licenses_description_cc4_by_sa" not defined]. Download (260kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini melihat tadbir urus kolonial british dalam pentadbiran, perundangan, dan bangunan Penjara Negeri-Negeri Selat (NNS) pada penghujung abad ke-18 antara tahun 1790 sehingga tahun 1826. Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 seiring dengan kemajuan ekonomi memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan kolonial British. Dalam perkembangan ekonomi itu, antara institusi tempatan yang berkembang adalah penjara. Penubuhan penjara menjadi salah satu agenda terpenting kerajaan British memandangkan banduan merupakan sumber tenaga kerja utama ke arah pembangunan ekonomi British. Justeru, kemasukan banduan berlaku secara berperingkat tanpa henti. Objektif kajian ini untuk meneliti pengurusan kolonial British terhadap pengurusan penjara di Negeri-negeri Selat khususnya dalam aspek pentadbiran, perundangan dan bangunannya. Perbincangan ini dihalakan kepada melihat pengurusan kolonial British dalam aspek pentadbiran, perundangan dan bangunan penjara Negeri-Negeri Selat antara tahun 1790 sehingga tahun 1826. Kajian menggunakan kaedah analisis kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pada penghujung abad ke-18, kehadiran pengaruh kolonial British menyebabkan berlaku perkembangan institusi penjara kolonial yang dilaksanakan melalui pengurusan perundangan, pentadbiran dan bangunan mengikut acuan barat. Pelaksanaan ini menjadi permulaan kepada perubahan tadbir urus sistem kepenjaraan kolonial British dan terus memperkukuh sehingga hari ini dalam sistem penjara moden di Malaysia
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pengurusan, Perundangan, Tadbir Urus, Penjara, British |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 09 Nov 2026 09:34 |
| Last Modified: | 09 Nov 2026 09:34 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34700 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
