mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Adaptasi pelajar baharu di Institusi Pengajian Tinggi

Md Jaafar, Fauziah and Tengku Ariffin, Tengku Faekah and Nordin, Hasniza and Ibrahim, Mohd Faizal (2019) Adaptasi pelajar baharu di Institusi Pengajian Tinggi. Practitioner Research, 1. pp. 213-228. ISSN 2710-706X

[thumbnail of PR v1 July 2019 213 228.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dalam kursus yang diikuti atau berhenti dari pusat pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di peringkat tertiari yang amat berbeza dengan sistem pendidikan di sekolah menengah. Senario ini amat ketara bagi pelajar-pelajar tahun satu kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Pelajar dilihat tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru. Kajian ini adalah kajian rintis untuk melihat profil adaptasi pelajar baharu dalam kalangan pelajar di kolej komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan melibatkan seramai 70 orang pelajar tahun pertama yang memberi maklum balas terhadap 68 item soal selidik penyesuaian pelajar baharu Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) (Baker & Siryk,1999). Pembolehubah penyesuaian pelajar baharu terdiri daripada empat dimensi iaitu tahap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi dan komitmen matlamat/perapatan institusi. Analisis data bagi kajian ini adalah analisis deskriptif dengan menggunakan perisisan SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyesuaian pelajar dalam kalangan pelajar tahun pertama kolej komuniti adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian-t menunjukkkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penyesuaian pelajar antara jantina. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu golongan pelajar, pihak pengurusan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pelajar bagi merancang program yang sesuai dengan pelajar baharu bagi menangani masalah ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penyesuaian akademik, Penyesuaian sosial, Penyesuaian Emosi, Komitmen matlamat/perapatan insitusi.
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 09 Nov 2026 14:02
Last Modified: 09 Nov 2026 14:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34737

Actions (login required)

View Item View Item