mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keperluan Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (Tmua) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia

Haron, Muhd Zulhilmi and Othman, Mohamad Khairi and Awang, Mohd Isha (2019) Keperluan Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (Tmua) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Practitioner Research, 1. pp. 289-316. ISSN 2710-706X

[thumbnail of PR v1 July 2019 289 316.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk mewujudkan pendidikan bersepadu dengan menggabungjalinkan elemen akademik dengan elemen pendidikan tahfiz di peringkat sekolah menengah bertujuan mewujudkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) mulai tahun 2014. Ia bertujuan menambah baik keberhasilan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara agar ia signifikan dengan keperluan modal insan berkualiti tinggi dalam sektor industri. Selaras dengan perkembangan semasa dan perkembangan sektor industri, KPM telah menyediakan program TMUA yang menggabungkan ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Program ini berpaksikan gabungan tiga pendekatan unik iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. Memandangkan pelaksanaan TMUA ini masih baharu, maka kertas kerja ini akan mengupas konsep dan penilaian kurikulum beserta model-model penilaian kurikulum. Fokus perbincangan juga mengetengahkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit merangkumi beberapa elemen penting iaitu matlamat serta halatuju TMUA, pencapaian murid dalam hafazan, kemudahan yang disediakan dan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Di samping itu, kertas ini turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan mengenai pendidikan Islam dan tahfiz di Malaysia. Akhirnya kertas ini mencadangkan terdapat keperluan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum TMUA dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menambahbaik pelaksanaan sedia ada di sekolah menengah KPM.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penilaian, Pelaksanaan, Tahfiz, Model Ulul Albab, kurikulum
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 09 Nov 2026 14:05
Last Modified: 09 Nov 2026 14:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34742

Actions (login required)

View Item View Item