Suppiah, Murugan and Ismail, Ismi Arif and Vejaratnam, Navaratnam and Devi, Saralah and Chethiyar, Mariamdaran (2023) Hubungan antara beban kerja, tekanan kerja, peranan konflikkerja dan tingkahlaku devian di tempat kerja dalam kalangan pegawai Polis di sebuah Ibu Pejabat Polis di Wilayah Persekutuan = Relationship between work load, work stress, work conflict and deviant behavior at workplace among police officers at one Police Station in Wilayah Persekutuan. Practitioner Research, 5. pp. 143-155. ISSN 2710-706X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (868kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara beban kerja, tekanan kerja dan peranan konflik kerja dan tingkah laku devian dalam kalangan pegawai polis di sebuah IPD Wilayah Persekutuan. Robinson dan Bennett (1995) digunakan sebagai teori asas untuk menerangkan rangka kerja penyelidikan. Hipotesis kajian dibentuk berdasarkan dapatan kajian lepas. Dari segi metodologi kajian ini menggunakan pendekatan survei yang bertujuan untuk mengenal pasti hubungan diantara pemboleh ubah kajian. Seramai 120 pegawai polis dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) dan pemilihan responden dilakukan secara rawak mudah. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan tahap beban kerja, tekanan kerja, peranan konflik kerja, dan kelakuan yang devian dalam kalangan pegawai polis pada tahap sederhana. Manakala dapatan daripada ujian Pearson menunjukkan wujudnya hubungan signifikan yang positif. Tambahan pula, kajian ini membuktikan beban kerja merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi tingkah laku devian dalam kalangan pegawai polis. Secara keseluruhan, kajian ini telah mengenal pasti wujudnya tingkah laku devian dalam kalangan pegawai polis yang berpunca daripada faktor persekitaran kerja seperti beban kerja yang berlebihan, konflik yang berpunca daripada kegagalan mengawal emosi serta menghadapi tekanan kerja yang berpanjangan. Pihak pengurusan PDRM perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tingkah laku devian demi mewujudkan persekitaran kerja sihat dan harmoni.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tingkah laku devian, beban kerja, peranan konflik kerja, tekanan kerja, pegawai polis. |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
| Divisions: | School of Business Management |
| Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
| Date Deposited: | 15 Nov 2026 02:58 |
| Last Modified: | 15 Nov 2026 02:58 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34848 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions