mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan modul pembelajaran stem berintegrasikan BYOD (Bring Your Own Device) untuk pendidikan fizik di Kolej Matrikulasi: kaedah Fuzzy Delphi = The Development of STEM Integrated BYOD (Bring Your Own Device) Learning Module for Physics Education in Matriculation College: Fuzzy Delphi method

Arif, Asdy Hakim and Wei, Wei Tho Siew and Ayop, Shahrul Kadri (2024) Pembangunan modul pembelajaran stem berintegrasikan BYOD (Bring Your Own Device) untuk pendidikan fizik di Kolej Matrikulasi: kaedah Fuzzy Delphi = The Development of STEM Integrated BYOD (Bring Your Own Device) Learning Module for Physics Education in Matriculation College: Fuzzy Delphi method. Practitioner Research, 6. pp. 259-290. ISSN 2710-706X

[thumbnail of PR V6  July 2024 259 290.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (682kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM berintegrasikan BYOD dalam Topik Elektromagnet untuk pelajar Fizik Kolej Matrikulasi (MP-SIB). Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan MP-SIB untuk pelajar Fizik Kolej Matrikulasi. Objektif kajian ialah untuk merekabentuk dan membangunkan MP-SIB dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM). Kajian ini adalah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Developement Research) DDR untuk membangunkan MP-SIB. Analisis data adalah menggunakan Teknik Fuzzy Delphi iaitu Triangular Fuzzy Numbers dan Defuzzification Process iaitu proses untuk menentukan ranking bagi setiap konstruk dan item bagi membangunkan modul yang mengikut kesepakatan pakar. Pakar yang digunakan untuk menjawab soal selidik FDM ini adalah seramai 20 orang. Pakar-pakar ini telah dibahagikan kepada 4 bidang utama iaitu Pakar IT, Pakar Pedagogi, Pakar Kandungan (Fizik) dan juga Pakar STEM yang telah dipilih dari universiti awam, IPG dan Kolej Matrikulasi. Terdapat 8 konstruk utama yang mempunyai keseluruhan item sebanyak 56 item telah diberikan kepada pakar untuk dipilih. Daripada kesemua 56 item, sebanyak 8 item telah ditolak dengan nilai threshold, d ≤ 2 dengan peratus kesepakatan kumpulan pakar kurang dari 75%.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran STEM; Bring Your Own Device; MPembelajaran; Kolej Matrikulasi; Pendidikan Fizik; Kaedah Fuzzy Delphi
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Nov 2026 08:18
Last Modified: 15 Nov 2026 08:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/34880

Actions (login required)

View Item View Item