mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara gaya membuat keputusan dan tahap stres dalam kalangan kaunselor di Pejabat Agama Islam Zon Utara, Malaysia (The relationship between decision-making styles and stress levels among counsellors at Islamic Religious Offices in the Northern Region of Malaysia)

Abu Bakar, Khairul Firdaus and Ali, Mohamad Faizel and A. Malek, Mohd Ahsani (2026) Hubungan antara gaya membuat keputusan dan tahap stres dalam kalangan kaunselor di Pejabat Agama Islam Zon Utara, Malaysia (The relationship between decision-making styles and stress levels among counsellors at Islamic Religious Offices in the Northern Region of Malaysia). Jurnal Pembangunan Sosial, 29. pp. 47-59. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 29 2026 47 59.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (244kB) | Preview

Abstract

Dalam dunia kerja kaunselor, gaya membuat keputusan dan tahap stres memainkan peranan penting terhadap keberkesanan perkhidmatan serta kesejahteraan profesional. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap gaya membuat keputusan, tahap stres, dan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut dalam kalangan kaunselor di Pejabat Agama Zon Utara, Malaysia. Kajian kuantitatif keratan rentas melibatkan 34 kaunselor yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui soal selidik General Decision-Making Style (GDMS) dan Perceived Stress Scale (PSS-10). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson melalui SPSS. Analisis deskriptif menunjukkan majoriti kaunselor berada pada tahap sederhana dalam gaya membuat keputusan dan tahap rendah stres. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai gaya membuat keputusan rasional pada tahap tinggi, diikuti gaya bergantung dan intuitif pada tahap sederhana, manakala gaya spontan dan mengelak berada pada tahap rendah. Majoriti kaunselor turut menunjukkan tahap stres yang rendah. Analisis korelasi menunjukkan bahawa gaya rasional mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan stres, manakala gaya mengelak mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan dengan stres. Sebaliknya, gaya intuitif, bergantung dan spontan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan stres. Dapatan ini menunjukkan bahawa kecenderungan membuat keputusan secara rasional dikaitkan dengan tahap stres yang lebih rendah, manakala kecenderungan mengelakkan keputusan dikaitkan dengan tahap stres yang lebih tinggi dalam kalangan kaunselor. Kajian ini menyediakan asas untuk perbincangan lanjut dan implikasi praktikal bagi latihan serta pengurusan stres dalam kalangan kaunselor di Pejabat Agama, dan menyokong pembangunan polisi organisasi bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling. Abstract: In the counselling profession, decision-making style and stress levels play a crucial role in determining service effectiveness and professional well-being. This study aimed to examine decision-making styles, stress levels, and the relationship between these two variables among counsellors working in Religious Affairs Offices in the Northern Zone of Malaysia. A cross-sectional quantitative study was conducted involving 34 counsellors selected through purposive sampling. Data were collected using the General Decision-Making Style (GDMS) questionnaire and the Perceived Stress Scale (PSS-10). The data were analysed using descriptive statistics and Pearson's correlation analysis with the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The descriptive findings indicated that the majority of counsellors demonstrated a moderate level of decision-making style and a low level of perceived stress. The findings revealed that counselors demonstrated a high level of rational decision-making style, followed by moderate levels of dependent and intuitive styles, while spontaneous and avoidant styles were at low levels. The majority of counselors also reported low levels of perceived stress. Correlation analysis indicated that the rational decision-making style was significantly and negatively associated with perceived stress, whereas the avoidant decision-making style showed a strong and significant positive association with perceived stress. In contrast, intuitive, dependent, and spontaneous decision-making styles were not significantly associated with perceived stress. These findings suggest that a greater tendency toward rational decision-making is associated with lower perceived stress, whereas a greater tendency toward avoidant decision-making is associated with higher perceived stress among counselors. The findings provide a basis for further discussion and practical implications for counsellor training and stress management programmers in Religious Affairs Offices, while also supporting the development of organizational policies aimed at enhancing the effectiveness of counselling services.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gaya membuat keputusan, stres, kaunselor, pejabat agama, Malaysia, korelasi./ Decision-making style, stress, counselors, religious offices, Malaysia, correlation.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Oct 2026 15:06
Last Modified: 29 Oct 2026 15:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/36628

Actions (login required)

View Item View Item