mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tingkah laku relaps dan hubungannya dengan sokongan Keluarga, tekanan psikologi serta akses perkhidmatan Pemulihan di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak / Relapse behaviour and its relationships with family support, psychological stress and access to rehabilitation services in the Iban Longhouse Community of Nanga Medamit, Limbang, Sarawak

Phung, Richard Kui Fah (2026) Tingkah laku relaps dan hubungannya dengan sokongan Keluarga, tekanan psikologi serta akses perkhidmatan Pemulihan di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak / Relapse behaviour and its relationships with family support, psychological stress and access to rehabilitation services in the Iban Longhouse Community of Nanga Medamit, Limbang, Sarawak. Jurnal Pembangunan Sosial, 29. pp. 74-85. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 29 2026 74 85.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (220kB) | Preview

Abstract

Tingkah laku relaps selepas tempoh berhenti menggunakan dadah merupakan cabaran penting dalam mengekalkan kepulihan, khususnya dalam komuniti luar bandar. Kajian ini bertujuan menilai tahap sokongan keluarga, tekanan psikologi, akses kepada perkhidmatan pemulihan dan risiko relaps serta menguji hubungan antara tiga pemboleh ubah tersebut dengan tingkah laku relaps dalam kalangan individu dengan sejarah penyalahgunaan dadah di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas berbentuk korelasi dan melibatkan 148 responden yang dipilih secara persampelan bertujuan. Sokongan keluarga diukur menggunakan Family Support Scale (FSS-18), tekanan psikologi menggunakan Perceived Stress Scale (PSS-10), akses pemulihan menggunakan skala 10 item berasaskan model Andersen, dan tingkah laku relaps menggunakan sembilan item yang diadaptasi daripada Time to Relapse Questionnaire (TRQ). Relaps ditakrifkan sebagai pengambilan semula dadah selepas suatu tempoh abstinens dan dioperasionalkan melalui skor risiko relaps. Kajian rintis melibatkan 30 responden menunjukkan kebolehpercayaan keseluruhan 47 item konstruk yang memuaskan (Cronbach's Alpha = .786). Nilai min sokongan keluarga ialah 54.60 (SP = 6.06), tekanan psikologi 19.59 (SP = 4.18), akses pemulihan 30.70 (SP = 4.57), dan risiko relaps 22.61 (SP = 3.63); kesemuanya berada pada tahap sederhana. Korelasi Pearson menunjukkan sokongan keluarga (r = -.041, p = .625), tekanan psikologi (r = -.042, p = .610) dan akses pemulihan (r = .046, p = .577) tidak mempunyai hubungan linear yang signifikan dengan tingkah laku relaps. Dapatan ini tidak menyokong hubungan linear bagi tiga pemboleh ubah yang diuji dan menunjukkan keperluan meneliti faktor lain serta perubahan relaps secara longitudinal dalam konteks komuniti setempat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tingkah laku relaps, sokongan keluarga, tekanan psikologi, akses perkhidmatan pemulihan, Komuniti Rumah Panjang Iban
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Oct 2026 15:05
Last Modified: 29 Oct 2026 15:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/36632

Actions (login required)

View Item View Item