Soew, Ta Wee and Tan, Lai Wai (2004) Kepuasan pelancong terhadap fasiliti di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (950kB) |
Abstract
Taman Negara Tanjung Piai Johor mula terkenal sebagai pusat ekopelancongan negara. Ia bukan sahaja popular kerana keindahan semulajadi flora dan faunanya tetapi juga dari sudut peta dunia sebagai lokasi paling selatan Benua Asia. Taman ini meliputi hutan paya bakau yang luas dan kawasan berlumpur yang merangkumi kawasan pantai seluas 8 kilometer yang menghadap Selat Melaka. Pelbagai fasiliti telah disediakan untuk menarik pelancong ke kawasan ini. Kertas ini adalah untuk mengkaji pandangan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan di kawasan tersebut. Hasil daripada penemuan 90 orang pelancong menunjukkan bahawa majoriti daripada mereka berpuas hati terhadap fasiliti yang disediakan manakala ramai di antara mereka tidak mempunyai pengetahuan terhadap kemusnahan pokok paya bakau di pinggir pantai Tanjong Piai. Pelancong lebih prihatin terhadap keselamatan, kecantikan persekitaran, dan aktiviti yang disediakan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Taman Negara, paya bakau, fasiliti, pelancongan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 29 Nov 2011 02:56 |
Last Modified: | 29 Nov 2011 02:56 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3746 |
Actions (login required)
View Item |