mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Prospek, cabaran & halangan Taman Warisan Marin Setiu Wetland: Satu tinjauan umum

Sukemi, Muhammad Najit and Nawawi, Mohd Nasir and Sidek, Siti Manisah (2004) Prospek, cabaran & halangan Taman Warisan Marin Setiu Wetland: Satu tinjauan umum. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of pro.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Setiu Wetland (SW) dengan keluasan 230 kilometer persegi terletak di pantai timur Terengganu. Keunikan SW terletak pada hubungan sembilan elemen ekosistem iaitu laut, pantai, dataran lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan pantai dan hutan paya bakau. Kerajaan negeri Terengganu telah mempertimbangkan untuk mengazetkan SW sebagai taman warisan marin berikutan cadangan oleh pihak Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM) pada tahun 2002. SW yang diliputi 880 hektar kawasan berair menjana pelbagai faedah kepada penduduk setempat serta kepelbagaian flora dan fauna. Bagi pengunjung, SW menjanjikan panorama keindahan semulajadi dan kedamaian desa. Namun sehingga kini, SW masih belum mempunyai badan atau organisasi yang menguruskannya secara sistematik. Tanah di kawasan ini dimiliki oleh individu atau masyarakat setempat yang bebas mengusahannya tanpa melihat kepada kesan keatas kesimbangan ekusistem. Pemilik persendirian bebas menebang pokok paya bakau dan khazanah alam untuk dijadikan kolam ternakan udang dan ikan. Jika keadaan ini dibiarkan, dikuatiri akan memberi kesan negatif kepada keseimbangan ekosistem paya bakau dan SW secara keseluruhanya. Dari sudut positif, pengurusan yang sistematik mampu memelihara biodiversiti SW disamping dapat memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempal khasnya. Kertas kerja ini akan membincangkan bentuk pengurusan yang berkesan dalam mentadbir SW serta langkah atau strategi pengurusan berkesan, halangan-halangan yang wujud serta prospek-prospek masa depan SW .

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Setiu Wetland, Pengurusan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Nov 2011 05:42
Last Modified: 30 Nov 2011 05:42
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3776

Actions (login required)

View Item View Item