Jamal Khan, Mohd Khan (2001) Perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan: Ke arah mana? Jelapang, 2 (2). pp. 13-19.
![]() Preview |
PDF
Download (2MB) | Preview |
Abstract
Sejarah awal pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dipenuhi dengan aktiviti yang terasing dan tidak saling berkaitan di antara satu sama lain. Program OSH diuruskan melalui poster, carta, dan video yang bertujuan untuk membaiki keadaan di tempat kerja khususnya di sektor perkilangan. Program-program tersebut telah dilaksanakan secara sambil lewa tanpa perancangan yang teliti. Dalam tahun 1930, Heinrich telah membawa perubahan ketara kepada pengurtisan OSH. Beliau memperkenalkan konsep bahawa kemalangan industri lebih kerap disebabkan faktor tindakan individu berbanding dengan faktor keadaan di tempat kerja. Justeru itu, untuk mengurangkan kemalangan industri, pengurusan OSH hendaklah bertumpu kepada pengugahsuaian faktor-faktor personaliti dan sikap melalui kaedah pendisiplinan dan kaunseling. Mengurus OSH mengikut kaedah ini dikatakan lebih kepada penggunaan common sense. Nyata sekali pengurusan OSH ala common sense telah gaga1 meningkatkan prestasi OSH. Sebagai alternatif, pendekatan Tiga-E diperkenalkan. Pendekatan ini berjaya membawa perubahan positif dalam pengurusan pengurusan OSH di tempt kerja tetapi keupayaannya terbatas kepada aktiviti yang berorientasi kejuruteraan, perkakasan dan persekitaran. Pendekatan Tiga-E Baru seperti yang dicadangkan oleh Galler bertujuan untuk menampung dan melengkapkan pendekatan Tiga-E. namun jumlah kemalangan dan kecederaan di tempat kerja masih lagi tinggi. Kertas ini cuba membincang perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan OSH untuk menangani perubahan dalam era globalisasi dan perdagangan antarabangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | occupational safety and health (OSH) |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 28 Sep 2010 10:37 |
Last Modified: | 28 Sep 2010 10:37 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/454 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |