Shamsudin, Sharina and Hussien, Mohd. Hafidz (2004) Internet advertising dimension: Factors that influence the effectiveness of advertisements through internet. In: Seminar Kebangsaan Komunikasi ke-2, 18-19 Disember 2004, Hotel City Bayview, Langkawi. (Unpublished)
Preview |
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Peranan iklan dalam menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat dari pelbagai sudut tidak dapat disangkal lagi. Perkembangan teknologi telah membawa arus baru dalam mengisi lompang-lompang potensi iklan yang sebenar. Kertas kerja ini cuba mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan iklan menerusi Internet di Malaysia, faktor-faktor yang mendorong pengunjung melawati laman web pengiklan, kekuatan hubungan di antara atribut iklan menerusi Internet dengan tahap keberkesanan, kekuatan hubungan di antara bentuk-bentuk pembujukan iklan dengan tahap keberkesanan iklan dan faktor yang mempengaruhi perbezaan pemilihan penggunaan media massa sebagai medium periklanan. Pelbagai kajian telah dilakukan di luar mahupun dalam negara untuk meneliti faktor pemilihan internet sebagai medium periklanan. Antaranya ialah ciri-ciri interaktif dan multimedianya yang menarik. Tetapi masih kurang kajian dilakukan terutamanya di dalam negara berkenaan dengan bentuk-bentuk pembujukan dan atribut iklan menerusi Internet yang dapat membantu meningkatkan potensi iklan on-line ini. Bagi menjawab persoalan tersebut, kaedah persampelan rawak mudah digunakan di kalangan pelajar-pelajar IPTA seluruh negara dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara on-line dan bersemuka. Dapatan kajian diharap dapat menyumbang dalam merangka satu bentuk pemaparan iklan yang efektif, menerusi Internet di Malaysia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Internet advertising, advertisements effectiveness, Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 09 Aug 2010 04:12 |
Last Modified: | 09 Aug 2010 04:12 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/531 |
Actions (login required)
View Item |