mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendapatan bukan pertanian dan kemiskinan

Che Mat, Siti Hadijah (2012) Pendapatan bukan pertanian dan kemiskinan. UUM Press, Sintok. ISBN 978675311994

Full text not available from this repository.

Abstract

Petani sering dikaitkan dengan aktiviti pertanian dan kemiskinan.Namun adakah petani hanya melakukan aktiviti pertanian sahaja? Berapa ramaikah petani yang melakukan aktiviti bukan pertanian? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti bukan pertanian? Dan apakah aktiviti bukan pertanian itu dapat memendekkan tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dalam kalangan mereka? Bagaimana pula sumbangan pendapatan bukan pertanian kepada ketidaksamarataan pendapatan? Semuanya akan terjawab dalam buku ini.Secara ringkas buku ini adalah mengenai hubung kait antara pendapatan bukan pertanian, kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan yang dialami oleh petani di negeri Kedah. Antara penemuan penting yang dinyatakan dalam buku ini adalah mengenai faktor-faktor keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian. Antaranya faktor yang dikenal pasti signifikan mempengaruhi keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian ialah umur, jantina, saiz isi rumah, bilangan tanggungan, bayaran pindahan, saiz tanah dan jenis pertanian.Selain itu, ciri ekonomi kawasan di mana petani itu tinggal adalah antara pemboleh ubah yang terlepas pandang oleh kajian-kajian sebelum ini, juga didapati signifikan.Ringkasnya buku ini mengandungi bukti-bukti yang menyatakan bahawa pendapatan bukan pertanian membantu menyumbang kepada pengurangan kemiskinan tetapi pada masa yang sama, pendapatan bukan pertanian itu juga menyebabkan ketidaksamarataan pendapatan semakin meningkat dalam kalangan petani di luar bandar.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Siti Hadijah Che Mat
Date Deposited: 14 Dec 2012 02:58
Last Modified: 20 Apr 2016 01:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6319

Actions (login required)

View Item View Item