mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perubahan strategi perundangan dalam menangani kesalahan perdagangan maklumat dalaman dalam industri sekuriti

Yeon, Asmah Laili (2001) Perubahan strategi perundangan dalam menangani kesalahan perdagangan maklumat dalaman dalam industri sekuriti. In: Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Perniagaan 2001: Peranan dan Cabaran, 14 Julai 2001, Quality Hotel, City Centre, Kuala Lumpur.

[thumbnail of AsL.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (912kB)

Abstract

Perdagangan Maklumat Dalaman adalah merupakan salah satu jenayah sekuriti yang utama di Malaysia yang termaktub di bawah Akta Industri Sekuriti 1983 dan juga Akta Syarikat 1965.Bagi menangani kesalahan perdagangan maklumat dalaman ini hukuman traditional yang dikenakan mengikut kedua-dua akta utama ini ialah mengikut hukuman undang-undang jenayah.Dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi hukuman kategori ini menyebabkan beberapa masalah timbul dalam menangani kes ini.Pertama,kerumitan dari segi pendakwaan yang melibatkan masalah bahan bukti, kesaksian dan penggunaan nominee dan beban pembuktian.Kedua,pertindihan kesalahan dalam dua akta utama.Perubahan strategi perundangan yang diperlukan dalam ha1 ini adalah dengan memperkenalkan peruntukan tuntutan remedi secara sivil secara meluas bagi menjimatkan masa, wang, memperkukuhkan pendakwaan dan mengurangkan beban pembuktian.Di samping itu pendekatan 'serampang dua mata' dengan menggunakan kombinasi model undang-undang industri sekuriti dan perhubungan fidusiari perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam pembentukan rangka perundangan industri sekuriti di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 983-2078-17-2 Anjuran: Sekolah Pengurusan, Institut Perundangan Korporat, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Asmah Laili Yeon
Date Deposited: 22 Apr 2014 02:21
Last Modified: 22 Apr 2014 02:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10798

Actions (login required)

View Item View Item