UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Aktiviti ketidakpatuhan terhadap peraturan penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur


Yeon, Asmah Laili and Yaacob, Nurli and Abdul Rahman, Rohana (2001) Aktiviti ketidakpatuhan terhadap peraturan penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur. In: Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Perniagaan 2001: Peranan dan cabaran, 14 Julai 2001, Quality Hotel, City Centre, Kuala Lumpur.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan dapatan penyelidikan berhubung dengan aktiviti ketidakpatuhan terhadap peraturan penyenaraian Bursa Sahm KuaIa Lumpur. Peraturan penyenaraian BSKL adalah merupakan set peraturan kendiri di bawah penguatkuasaan BSKL terhadap tata kelakuan syarikat-syarikat tersenarai dalam papan utama dan kedua. Dapatan yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada output yang diperolehi daripada dua objektif penyelidikan. Objektif pertama ialah untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.Objektif kedua ialah mengenalpasti jenis-jenis penalti dun hukuman yang dikenakan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur terhadap syarikat tersenarai yang menjalankan aktiviti ketidakpatuhan tersebut.Kes-kes yang menjadi sumber data bagi kajian ini adalah merangkumi kes-kes yang telah disabitkan kesalahan kerana gaga1 mematuhi peraturan sekuriti oleh Bursa Saham Kuala Lumpur bermula pada tahun 1997 hingga Mac 2001. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kesalahan syarikat yang tertinggi adalah merujuk kepada Sesyen 60 iaitu gaga1 membuat pengumuman segera Iaporan tahunan syarikat kepada BSKL.Bagi kesalahan ini sebanyak 21 buah syarikat melakukan kesalahan terhadapnya. Diikuti dengan kesalahan di bawah Seksyen 36 iaitu pengumuman segera kepada BSKL apabila terhadap pengambilalihan syer syarikat.Bagi kesalahan ini sebanyak 9 buah syarikat melakukannya.Kesalahan terhadap Seksyen 114 juga mempunyai jumlah yang sama bagi syarikat yang tidak mematuhinya. Merujuk kepada dapatan kajian mengenai hukuman dan penalti, BSKL menjatuhkan hukuman terhadap syarikatsyarikat tersenarai yang melakukan ketidalcputuhan daIam bentuk pencelaan awam (47 hukuman), dun juga. berbentuk dendaan kewangan dari jumlah RMI0,000 ke RM98,000 dan pencelaan awam (83 hukuman). Sekatan dagangan dan pengaturan sekuriti juga digunakan sebagai jenis hukuman yang dijutuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (11 hukuman).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 983-2078-17-2 Anjuran: Sekolah Pengurusan, Institut Perundangan Korporat, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Asmah Laili Yeon
Date Deposited: 22 Apr 2014 02:25
Last Modified: 22 Apr 2014 02:25
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/10803

Actions (login required)

View Item View Item