UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembuktian kewujudan niat dalam kontrak


Mohd Shariff, Roos Niza (2001) Pembuktian kewujudan niat dalam kontrak. In: Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Perniagaan 2001: Peranan dan cabaran, 14 Julai 2001, Quality Hotel, City Centre, Kuala Lumpur.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (934kB)

Abstract

Niat merupakan salah satu elemen yang perlu untuk mewujudkan kontrak yang sah.Ini memang termaktub dalam undang-undang kontrak.Namun peruntukan dalam Akta Kontrak 1950 tidak jelas. Tidak terdapat seksyen yang khusus yang merujuk kepada unsur niat. Undang-undang tidak menyatakan kontrak wujud semata-mata kerana wujudnya perjanjian antara pihak-pihak.Setiap hari pelbagai bentuk perjanjian dibuat di mana ada di antaranya tidak dimaksudkan untuk menjadikannya kontrak. Berniat mewujudkan kontrak yang sah boleh menjadikan seseorang itu terbuka kepada pendakwaan jika dia tidak memenuhi kontrak tersebut. Kepentingan niat dalam membentuk kontrak yang sah memang jelas, namun membuktikan kewujudannya bukanlah sesuatu yang mudah. Artikel ini membincangkan bagaimana kewujudan niat ditentukan dan dibuktikan.Ini dilihat berdasarkan keputusan kes-kes yang telah diputuskan.Turut dibincangkan juga ialah pembahagian pembuktian niat mengikut jenis-jenis perjanjian dan kesannya ke atas pihak-pihak yang terlibat.Sebelum diakhiri dengan kesimpulan, akan diutarakan pendapat beberapa orang penulis mengenai pembuktian kewujudan niat dalam kontrak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9832078172 Anjuran: Sekolah Pengurusan dan Institut Perundangan Korporat, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mdm. Roos Niza Mohd. Shariff
Date Deposited: 22 May 2014 03:56
Last Modified: 22 May 2014 03:59
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/11079

Actions (login required)

View Item View Item