UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Surat-surat kredit: Sekuriti alternatif dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa


Che Hashim, Rosmawani and Md. Salleh, Khuzaimah and Azmi, Ruzita (2001) Surat-surat kredit: Sekuriti alternatif dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa. In: Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Perniagaan 2001: Peranan dan cabaran, 14 Julai 2001, Quality Hotel, City Centre, Kuala Lumpur.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Dalam kontrak jualan barang antarabangsa, penjual dan pembeli terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan faktor jarak yang memlsahhn kedua-dua pihak tersebut.Walaupun mereka telah menandatangani suatu kontrak yang nyata dan teriht untuk mematuhinya, namun kerisauan terhadap tahap kejujuran masing-masing tidak dapat diketepikan terutamanya dalam isu pembayaran. Bagi pihak penjual, mereka akan meragui kejujuran pembeli untuk membuat pembayaran terhadap barangan yang telah dihantarserah. Ini adalah kerana penjual mungkin akan berurusniaga dengan pembeli yang tidak pernah dikenali sebelum ini dan tidak mengetahui latar belakang pembeli.Penjual boleh ditipu bila-bila masa sahaja oleh pembeli yang ingkar untuk membayar harga barangan kepada penjual sedangkan penjual telah bersusah payah menghabiskan banyak perbelanjaan untuk menghantar barang yang dlpesan.Bagi pihak pembeli pula, kebimbangan akan menguasal diri mereka terhadap kejujuran penjual dalam membekalkan barangan yang benar-benar menepati apa yang dikehendaki dan memenuhi kualiti. Dalam keadaan ini, kedua-dua pihak seolah-olah takut untuk memulakan tanggungan masing-masing.Penjual tidak bersedia untuk membuat penghantaran barang kerana bimbang tidak akan dibayar, manakala pembeli pula tidak bersedia untuk membuat pembayaran selagi tidak menerima jaminan bahawa penjual akan menghantar barang yang dimaksudkan.Dalam menghadapi situasi ini, surat-surat kredit adalah salah satu cara atau jalan penyelesaian.la merupakan salah satu cara pembayaran yang diamalkan dengan meluas dalam kontrak jualan antarabangsa dewasa ini kerana menyediakan cara pembayaran paling selamat, mudah dan menjamin sekuriti yang secukupnya bagi semua pihak yang terlibat dalam kontrak jualan khususnya kepada penjual dan pembeli.Kertas kerja ini akan menerangkan tentang prosedur pembayaran melalui surat-surat kredit.Perbincangan kemudiannya akan difokuskan kepada dua prinsip utama iaitu autonomi dan pematuhan ketat (strict compliance) berdasarkan kepada kes-kes dan juga satu-satunya sumber peruntukan berkenaan dengan surat-surat kredit iaitu Uniform Customs and Practice For Documentary Credit 500(UCP500).Di samping itu, kertas kerja ini juga akan menyentuh tentang beberapa kebaikan atau keistimewaan apabila urusan pembayaran dibuat melalui surat-surat kredit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9832078172 Anjuran Sekolah Pengurusan dan Institut Perundangan Korporat, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Khuzaimah Mat Salleh
Date Deposited: 22 May 2014 04:20
Last Modified: 22 May 2014 04:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/11086

Actions (login required)

View Item View Item