Shapiee, Rohimi and Santoso, Budi (2009) Wakaf korporat: Satu pendekatan kepada tanggungjawab sosial korporat pada perspektif siyar ekonomi (Satu kajian di Johor Corporation, Malaysia). In: Proceedings International Conference on Corporate Law (ICCL) 2009, 1st - 3rd June 2009, Surabaya, Indonesia. UUM COLGIS Universiti Utara Malaysia. ISBN 9789832078340
Preview |
PDF (Abstrak)
Download (46kB) | Preview |
Abstract
Bank Dunia, PBB dan agensi-agensi pembangunan dunia telah memandang tanggungjawab sosial korporat sebagai satu mekanisma yang berpotensi untuk kewujudan pembangunan yang lebih baik. Sebagai pelaku pembangunan yang sangat berpengaruh, korporat multinasional dituntut secara moral untuk mengamalkan tanggungjawab sosial korporatnya bagi ikut mengurangkan impak negatif pembangunan dan mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera. Walaubagaimanapun, setakat ini tanggungjawab sosial korporat itu umumnya masih dijalankan dengan kurang memerhatikan aspek kesinambungan. Berhubung itu, satu korporat di Malaysia, iaitu Johor Corporation (JCorp) telah mengetengahkan konsep wakaf korporat bagi mengembangkan perniagaan lain sebagai satu pendekatan kepada amalan tanggungjawab sosial korporat. Melalui wakaf korporat, sebahagian faedah daripada pemilikan saham-saham yang telah ditukarkan kepada wakaf dibelanjakan bagi menyokong aktiviti sosial dan keagamaan dan sebahagian lagi diagihkan untuk pelaburan semula bagi memperolehi faedah yang lebih besar dan berkesinambungan. Konsep ini dikenali pula sebagai konsep baru dalam pengembangan wakaf dan ianya belum pernah dijalankan oleh pihak lain sama ada di dalam mahupun di luar Malaysia. Pada perspektif Siyar Ekonomi, wakaf korporat ini merupakan satu pendekatan kepada tanggungjawab sosial korporat berlandaskan Islam.Hal ini kerana ianya dijalankan melalui prinsip bahawa harta adalah amanah dimana perolehan dan penggunaannya harus dapat dipertanggungjawabkan bagi memastikan kemakmuran bersama, keadilan sosial dan hubungan masyarakat yang erat. Oleh itu, konsep wakaf korporat perlu diketengahkan di peringkat serantau Islam dan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), khasnya berkaitan dengan peranan korporat dalam pembangunan antarabangsa.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 10 Oct 2010 07:46 |
Last Modified: | 10 Oct 2010 07:52 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1147 |
Actions (login required)
View Item |