mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan persekitaran ruang rumah terhadap kesejahteraan kanak-kanak

Jamaluddin, Zakiyah (2004) Kesan persekitaran ruang rumah terhadap kesejahteraan kanak-kanak. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak 2004, 21 - 22 Julai 2004, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Zakiyah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Rumah adalah keperluan yang paling asas dalam kehidupan manusia. Kebahagiaan keluarga seringkali dikaitkan dengan pepatah "Rumahku Syurgaku",iaitu kehidupan yang bahagia dan sejahtera bermula dari rumah.Salah satu dasar kerajaan dalam 'pendemokrasian pemilikan rumah" ialah memberi kemudahan perumahan kos rendah kepada golongan berpendapatan rendah. Namun, seringkali terdengar rungutan bahawa rumah kos rendah kurang berkualiti, sempit dan mempunyai saiz yang terhad.Kajian ini menumpukan kepada kesan persekitaran ruang iaitu ruang fizikal dan ruang persekitaran terhadap kesejahteraan kanak-kanak.Ruang fizikal meliputi saiz dan jumlah bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur.Manakala ruang persekitaran merangkumi ruang untuk kanak-kanak bermain, badaan persekitaran rumah dan taman permainan kanak-kanak. Kajian dijalankan di sebuuh perumahan kos rendah di Jitra, Kedah.Seramai 90 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan remaja dipilih sebagai sampel kajian, berdasarkan persampelan stratifikasi rawak.Kajian ini menggunakan borang soal selidik, temubual dan pemerhatian. Temubual dilakukan ke atas 20 orang kanak-kanak yang merupakan anak kepada responden untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.Hasil kajian mendapati bahawa kesemua ruang fizikal dan persekitaran rumah memberi kesan terhadap kesejahteraan anak-anak.Oleh itu adalah diharapkan agar pihak kemajuan serta pemaju swasta mengambil kira manfaat sosial dan cuba mengelakkan pelbagai implikasi sosial yang bakal timbul di kemudian hari.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Zakiyah Jamaluddin
Date Deposited: 22 Jul 2014 08:17
Last Modified: 22 Jul 2014 08:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11686

Actions (login required)

View Item View Item