mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan komuniti di Malaysia dan Indonesia

Jamaluddin, Zakiyah (2014) Pembangunan komuniti di Malaysia dan Indonesia. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0474-59-5

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini menilai kesan pembangunan terhadap komuniti yang merangkumi peluang, isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti terpilih. Antara isu yang mendapat perhatian ialah pembangunan komuniti, praktis kerja sosial dengan komuniti, pemerkasaan komuniti dan isu-isu semasa yang melibatkan komuniti.Buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan isu pembangunan yang dijalankan terhadap komuniti itu sahaja.Namun demikian, buku ini lebih memberi tumpuan kepada aspek sumbangan bidang kerja sosial terhadap pembangunan komuniti. Golongan sasaran yang dikenal pasti juga merupakan antara tujahan kelompok sasaran dalam bidang kerja sosial yang merangkumi kelompok minoriti, remaja, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), pelarian dan orang asli. Dalam masa yang sama, buku ini menekankan program komuniti yang boleh dijalankan dalam komuniti itu sendiri seperti Rukun Tetangga, projek libat sama, pendekatan kepelbagaian budaya dan program-program pemerkasaan terhadap remaja, keluarga dan OKU.Buku ini diharap dapat memperkaya ilmu dalam bidang sains sosial yang merangkumi bidang antropologi, sosiologi, kerja sosial, polisi dan pembangunan serta dapat menambah bahan rujukan kepada para pengkaji komuniti, pensyarah, pelajar institusi pengajian tinggi, pihak badan bukan kerajaan (NGO), pengamal kerja social dan pembuat polisi.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Dr. Zakiyah Jamaluddin
Date Deposited: 23 Jul 2014 03:14
Last Modified: 19 May 2016 00:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11760

Actions (login required)

View Item View Item